Thursday, November 28, 2024

Creating liberating content

Lelaki Didakwa Tipu Pengerusi...

KUALA LUMPUR - Seorang lelaki mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini...

Lelaki Bankrap Selepas Isteri...

KERANA cinta, seorang lelaki menjadi `buta’. Lelaki itu, Christopher Forte kini jatuh muflis...

Najib Akui Terkilan Dengan...

JELI - Setelah sekian lama berdiam diri, akhirnya bekas Presiden UMNO, Datuk Seri...

Ahmad Zahid Bayang Gabungan...

KUALA LUMPUR - Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi membayangkan keperluan sebuah gabungan...

Raja Bomoh Nak Bertanding Dalam PRU14

‘RAJA Bomoh’ atau nama sebenarnya Ibrahim Mat Zin dijangka bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) di kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak.

Lapor Harian Metro, individu yang didakwa pernah menampar buaya itu berkemungkinan akan bertanding sebagai calon Bebas di kerusi Parlimen Teluk Intan dan DUN Manjoi.

Menurut kenyataan media yang dikeluarkan oleh pembantunya, Ibrahim akan mengadakan sidang media pada jam dua petang esok di sebuah hotel di Ipoh, Perak dan beliau sendiri akan hadir pada sidang media tersebut.

Kenyataan itu juga mewajibkan semua wartawan yang hadir perlu menunjukkan kad media bagi memastikan hanya wartawan sahaja yang dibenarkan berada di majlis itu.

Pada April tahun lalu, Ibrahim mengaku bersalah di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan atas pertuduhan menghina agama Islam atau menyebabkan Islam dipandang hina.


Dia memohon maaf kepada semua umat Islam dan mengaku bahawa semua perbuatan ritual perbomohannya merupakan kesalahan dan menyalahi akidah.

Mahkamah kemudian mengarahkan beliau berkelakuan baik selama enam bulan, berikutan faktor umur dan keadaan kesihatannya. – MYNEWSHUB.CC

Kategori