Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

RM35,000 Milik Penumpang MH370...

KUALA LUMPUR - Sejumlah wang milik empat penumpang pesawat MH370 yang hilang sejak...

12,434 Kes Baharu Covid-19...

KUALA LUMPUR - Jumlah kes harian Covid-19 meningkat kepada 12,434 kes hari ini...

Sasar 65,000 Rumah Mampu...

KUALA LUMPUR - Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) menyasarkan membina 65,000 unit rumah...

Penduduk Pulau Pinang Gesa...

GEORGE TOWN - Banjir kilat berterusan yang melanda Pulau Pinang pada minggu lepas...

Rakam Lelaki Ini Masukkan Sesuatu Dalam Minuman

NASIB baik…ternyata swafoto yang diambil oleh wanita ini berjaya menyelamatkannya daripada menjadi mangsa seorang lelaki. Ini kerana swafoto itu menyaksikan seorang lelaki cuba memasukkan sesuatu ke dalam minumannya.

Gambar itu telah dimuatnaik ke dalam Twitter oleh Jaeda Sky, yang merupakan kawan kepada wanita yang menjadi sasaran lelaki berkenaan.

“Saya tidak faham bagaimana seorang lelaki boleh berperangai teruk dengan merasakan dia perlu menjadi pemangsa yang menjijikkan.

“Kaum wanita, awasi minuman anda! Tengok gelasnya,’’ katanya.

Tweet mengenai kesedaran itu telah dikongsi semula sebanyak 100,000 kali.

Jaeda juga memaklumkan kepada orang ramai bahawa kawannya mengetahui mengenai muatnaik tersebut.


Ia dirakamkan di salah satu festival namun tidak disebut lokasinya.Ternyata ia mengejutkan ramai dan memberi kesedaran kepada kaum wanita supaya sentiasa berhati-hati.

Ada ramai pemangsa yang sedang menunggu mangsanya di luar sana. – MYNEWSHUB.CC

Kategori