Thursday, January 2, 2025

Creating liberating content

BR1M 2017 Peringkat Kedua...

KUALA LUMPUR - Pembayaran peringkat kedua Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 2017 akan dibuat...

Mahathir Nafi Siti Aisyah...

KUALA LUMPUR - Tun Dr. Mahathir Mohamad menafikan pembebasan warga Indonesia, Siti Aisyah...

PRU15: Tun M Sedia...

PETALING JAYA ā€“ Pengerusi Penaja Gerakan Tanah Air (GTA), Tun Dr. Mahathir Mohamad...

TNB Buat Persediaan Pelapasan...

KUALA LUMPUR - Tenaga Nasional Bhd (TNB) telah membuat persediaan di semua empangan...

Rakyat Diminta Berhati-Hati Tapis Berita Palsu

BAGAN SERAI – Rakyat diminta berhati-hati dengan penularan berita palsu lebih-lebih lagi menjelang pilihan raya umum ke-14.

Ketua UMNO Bagan Serai Datuk Sham Mat Sahat berkata penyebaran berita palsu khususnya menerusi media sosial merupakan satu ancaman baharu kepada keselamatan negara.

“Penyebar berita palsu ini sebagai contohnya boleh menghasut petani dan nelayan dengan mendakwa kerajaan tidak mempunyai wang dan sebagainya.

“Mereka mungkin menyebarkan bahawa semua subsidi kepada petani dan nelayan akan ditarik balik semata-mata untuk menanamkan kebencian rakyat kepada kerajaan,” katanya dalam sidang akhbar selepas merasmikan program Inisiatif Melestari Pembangunan Komuniti (Impak) di perkarangan Arked Mara, di sini hari ini.

Sehubungan itu, Sham yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri Alor Pongsu berkata pihaknya telah bekerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) mengadakan program pencerahan untuk pemimpin setempat berhubung ancaman berita palsu.

Kata beliau bagi mendapatkan berita sebenar, masyarakat boleh melayari portal Sebenarnya.my yang dikendalikan MCMC.


Sementara itu Sham berkata program Impak telah menawarkan 25,000 peluang pekerjaan setahun dan dalam tempoh 10 tahun dapat menyediakan 250,000 peluang pekerjaan.

Menurut beliau sebanyak 70 agensi dan syarikat terlibat dalam Impak yang akan menyelesaikan masalah pekerjaan yang dihadapi rakyat di negara ini.

“Program Impak oleh Mara ini memang jelas dapat membantu pencari kerja mendapatkan pekerjaan,” katanya. – BERNAMA

Kategori