PENYERANG Manchester United, Marcus Rashford berkongsi gambar sepasang kasut istimewa daripada bintang Real Madrid.
Cristiano Ronaldo telah bermurah hati menghadiahkan kasut terbaharu Nike Air Max 97 CR7 kepada Rashford walaupun mereka bukanlah begitu rapat.
Ketika Ronaldo meninggalkan United, Rashford baharu berusia 11 tahun.
Ronaldo yang bekerjasama dengan Nike telah menghasil sepasang kasut yang bernilai 145 pound, dan telah menarik minat pemain United itu. – mStar Online