SEORANG remaja lelaki lembam ditemui meninggal dunia dengan tangan terikat di tiang elektrik manakala alat sulitnya dipotong, selepas dilaporkan hilang dari rumah selama hampir 24 jam.
Mayat remaja berusia 17 tahun itu, ditemui di jalan Xian, di China, semalam. Laporan media tempatan menyebut seorang lelaki berusia 39 tahun yang mempunyai sejarah sakit mental mengaku membunuh remaja itu.
Mayatnya ditemui oleh seorang penjual susu pada waktu pagi. Dia terkejut melihat tangan budak itu diikat di tiang pada paras lebih tinggi dari kepalanya manakala seluar mangsa dilondehkan. Kawasan berkenaan dipenuhi dengan darah.
Remaja yang dikenali sebagai Ren itu, menghidap kecacatan akal tahap kedua. Dia dikatakan keluar bermain di kampungnya ketika hilang dan selepas Ren tidak balik, penduduk kampung melancarkan gerakan mencarinya.
Bedah siasat yang dijalankan mendapati Ren juga mengalami pendarahan di hidung dan mulut.
Kes berkenaan masih dalam siasatan walaupun suspek mengaku melakukan pembunuhan itu. – MYNEWSHUB.CC