Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Kerenah Pertaruh Nyawa Di...

KUALA LUMPUR - Kita tahu ramai pemandu kenderaan menggunakan kad Touch 'n Go,...

Kelasss… Sajat Ke Kelantan...

USAHAWAN terkenal, Nur Sajat sememangnya antara selebriti sensasi yang sentiasa mendapat perhatian umum. Pelbagai...

Sukarelawan Renjer Hutan APM...

KUALA LUMPUR - Beberapa kementerian bersetuju menerima bantuan sukarelawan Renjer Hutan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia...

VIDEO: Lagu Jom Mai...

Antara kelebihan Malaysia bukan sahaja memiliki masyarakat berbilang agama dan bangsa malah kepelbagaian...

Remaja Dikhuatiri Lemas Di Pantai Teluk Bidara

KUALA TERENGGANU – Seorang remaja lelaki dikuatiri lemas ketika ketika mandi di Pantai Teluk Bidara, Dungun bersama empat sahabatnya , petang semalam.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Dungun, Saifuddin Muhammad berkata Muhammad Haikal Fuz,17, dihanyutkan arus deras ketika mandi bersama Zubir Ibrahim,16, Mohd Fauzi Ibrahim, 22, Amirul Shafik Ruzidin,23, dan Fazli Abdul Manan,35.

“Dikatakan hanya dua orang daripada mereka yang tahu berenang iaitu Amirul Shafik dan Fazli yang mana semasa kejadian mereka cuba menyelamatkan rakan mereka daripada terus hanyut.

Namun mereka tidak sempat menyelamatkan Muhammad Haikal yang telah dibawa arus,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Menurut Saifuddin tiga daripada mereka selamat manakala Amirul Shafik telah dihantar ke hospital Dungun untuk menerima rawatan lanjut menggunakan ambulans bomba.

Sementara itu seorang lagi mangsa Muhammad Haikal masih belum dijumpai.

Menurut Saifuddin pihaknya telah menerima panggilan kecemasan pada pukul 6.40 petang semalam dan 10 anggota dan satu jentera telah diarahkan ke lokasi kejadian tiba 10 minit kemudian.


Operasi mencari dan menyelamat mangsa masih dijalankan di sekitar kawasan mangsa lemas dan pencarian akan diteruskan pada hari ini pada skala yang lebih besar lagi,katanya.

Sementara itu, Pengarah Maritim Wilayah Timur, Laksamana Pertama Maritim Datuk Zulkarnain bin Mohd Omar dalam satu kenyataan berkata Operasi Mencari dan Menyelamat (SAR) telah diaktifkan setelah aduan diterima dan sebuah bot pengawal 16 telah diarahkan ke lokasi kejadian.

Operasi dikoordinasikan oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dan turut disertai oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Terengganu serta Angkatan Pertahanan Awam Mal;aysia (APM) Negeri Terengganu.

Kata beliau lagi, pencarian dilakukan di pesisir pantai, lokasi mangsa dikatakan hilang oleh pasukan SAR di darat dan sekitar radius tiga batu nautika dari lokasi kejadian oleh aset yang berada di laut. – BERNAMA

Kategori