Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

REZEKI.. Fenomena Aneh Kerang...

MARANG - Ratusan penduduk berpesta mengutip ribuan kerang yang terdampar di sepanjang pantai...

Warga Sekolah Boleh Makan...

PETALING JAYA – Kesemua guru, murid dan warga sekolah dibenarkan makan di kantin...

Demam Tak Halang Hemala...

KUALA LUMPUR - Atlet paralimpik negara, Hemala Devi Enny Kutty menterjemahkan semangat luar...

Tempoh Reman Hasanah Dilanjut...

PUTRAJAYA – Tempoh reman bekas Ketua Pengarah Organisasi Perisikan Luar Malaysia (MEIO) Datuk...

Rimas Kena Gosip Dengan Fikry, Nana Kini Berdiam Diri

SEBAGAI seorang selebriti, mereka pastinya mahukan bakat yang dimiliki dipandang oleh peminat berbanding daripada gosip percintaan dengan mana-mana individu.

Bagi penyanyi Siti Nordiana atau lebih mesra disapa Nana, dia kini berasa sedikit rimas dan kurang selesa apabila sering diajukan soalan tentang hubungannya bersama dengan pelakon Fikry Ibrahim.

“Janganlah tanya saya pasal dia (Fikry) sebab saya memang tak tahu nak jawab apa. Nanti kalau saya ulas juga perkara ini, orang kata saya gedik pula,” katanya dipetik daripada portal BH Online.

Malah, Nana juga tidak mahu apa-apa jawapan yang keluar dari mulutnya akan disalah tafsir oleh mana-mana pihak.

Sebagai seorang wanita, pastinya ibu kepada seorang cahaya mata itu berasa malu apabila dia digosipkan sedang bercinta dengan seseorang memandangkan status dirinya kini sebagai ibu tunggal.

“Apa yang boleh saya katakan, cinta memang tak boleh dipaksa. Tapi kalau sudah jodoh nak buat macam mana?” tambahnya.

Khabar angin kononnya mereka bercinta mula terjadi apabila Nana dan Fikry pertama kali digandingkan dalam sebuah telefilem berjudul Cekelat Semanis Honey sekitar tahun lalu.

Kini, mereka sekali lagi digandingkan menerusi sambungan telefilem itu yang berjudul Cekelat Tak Semanis Honey dan baru-baru ini, Fikry turut terlibat dalam pembikinan muzik video single baharu Nana, Hatiku Milikmu.

Disebabkan itu, ketika ada dakwaan nakal kononnya mereka menjalinkan cinta dalam diam, Nana dengan pantas menepis segala gosip murahan itu.

Selain bergandingan dalam lakonan, mereka masing-masing turut pernah bersama-sama menjadi pengacara bagi program Gema Gegar Vaganza musim pertama dan kedua bersama dengan Fakhrul UNIC.


“Saya pilih Fikry sebab kami pernah bekerjasama. Sebelum ini pun, saya pernah mengundang Alif Satar untuk muncul dalam muzik video saya.

“Alvin Chong yang turut berlakon dalam muzik video ini juga menjadi pilihan saya. Ini kerana kami pernah berkolaborasi sebelum ini. Kesimpulannya, pilihan saya adalah disebabkan faktor serasi dan keselesaan, bukannya ada maksud lain,” jawabnya dengan tegas.

Tambah panyanyi berusia 31 tahun itu, faktor utama dia memilih Fikry dan Alvin ialah disebabkan mereka masing-masing mempunyai peminat yang tersendiri.

Sekiranya peminat mereka mengikuti perkembangan ketiga-tiga selebriti ini, terbukti mereka boleh dikatakan mempunyai hubungan yang baik sesama sendiri.

Jadi, ia turut menjadi faktor utama mereka senang untuk bekerja bersama selepas terlibat dalam beberapa lakonan bersama.

Dalam masa sama, Nana dan Alif Satar bakal mengadakan konsert diberi nama Just Us-Alif Satar & Siti Nordiana Live Concert In Singapore yang diadakan pada 31 Ogos ini bertempat di Shine Auditorium, Shaw Tower. – MYNEWSHUB.CC/AH

Kategori