Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

NSTY Holdings Nafi Cecair...

SHAH ALAM - Syarikat pengeluar cecair rokok elektronik, NSTY Holdings Sdn. Bhd. (NSTY...

APMM Agresif Banteras Seludup...

KEMAMAN - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) agresif mengekang kegiatan penyeludupan minyak diesel...

KKMM Kaji Internet Jalur...

KUALA LUMPUR - Kementerian Komunikasi dan Multimedia(KKMM) sedang mengkaji untuk menyediakan Internet jalur...

13 Mati Serangan Bersenjata...

DAKAR - Sekumpulan penyerang bersenjata menembak mati 13 orang dan mencederakan tujuh yang...

Rizab Asing BNM Catat Sejarah Lepasi AS$110 Bilion

TEGUH… Tohmahan jahat pembangkang konon ekonomi Malaysia sudah muflis nyata gagal lagi apabila rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) terus meningkat dan mencatat rekod.

Menurut kenyataan bank pusat itu di ibu negara hari ini, rizab tersebut sehingga 13 April lalu sudah berjaya mencecah paras terbaik iaitu AS$110 bilion yang turut disifatkan penganalisis sebagai tertinggi dalam sejarah.

Jumlah simpanan asing tersebut juga adalah lebih tinggi sebanyak dua peratus berbanding hanya AS$107.8 bilion yang pernah dicatatkan pada 30 Mac lalu sekali gus membuktikan kekukuhan ekonomi negara kekal amat stabil.

Paras rizab BNM itu juga konsisten melebihi paras psikologi AS$100 bilion sejak ia mula direkodkan melepasi had berkenaan sekitar Ogos pada tahun lalu di sebalik situasi ketidaktentuan ekonomi sejagat dan geopolitik global.

Paras rizab yang berjumlah AS$110.0 bilion (kira-kira RM428 bilion) itu memadai untuk membiayai 7.7 bulan import tertangguh dan 1.1 kali hutang luar negeri jangka pendek, kata BNM menerusi kenyataan berkenaan.

Komponen utamanya ialah mata wang asing (AS$103.2 bilion), rizab Dana Kewangan Antarabangsa (IMF) (AS$0.8 bilion), Hak Pengeluaran Khas (SDR) (AS$1.2 bilion), emas (AS$1.6 bilion) dan aset rizab lain (AS$3.2 billion).


BNM menjelaskan bahawa aset berkenaan turut meliputi emas, pertukaran asing dan rizab lain termasuk SDR (RM425.0 bilion), Kertas Kerajaan Malaysia (RM3.9 bilion), deposit dengan institusi kewangan (RM4.06 bilion).

Juga melibatkan pinjaman dan pendahuluan (RM7.38 bilion), tanah dan bangunan (RM4.17 bilion) serta aset lain (RM8.26 bilion). Secara keseluruhan aset bank itu ialah RM452.9 bilion dan edaran wang pula RM106.63 bilion.

BNM yang ditubuhkan pada 1959, bertanggungjawab dalam mengeluarkan mata wang, sebagai jurubank dan penasihat untuk kerajaan Malaysia serta mengawal kedudukan kredit negara. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Kategori