Thursday, November 28, 2024

Creating liberating content

Gila Seks: Pencuri Pakaian...

SEORANG lelaki gila seks di Jepun, Shoya Imada, ditahan di rumahnya atas tuduhan...

Beli-Belah Dalam Talian Jadi...

KUALA LUMPUR - Sektor runcit secara dalam talian yang sedang berkembang pesat, semakin...

Wanita Berperanan Ejen Antirasuah...

PUTRAJAYA - Gerakan Wanita Antirasuah (G-WAR) dilancarkan hari ini dengan menjadikan golongan wanita...

Penduduk One Selayang Bantah...

KUALA LUMPUR - Lebih 1,000 penduduk di One Selayang, Batu Caves membantah tindakan...

RM290 Juta Untuk Program 1Malaysia 1Harga Sejak 2013

KUALA LUMPUR – Kerajaan memperuntukkan sebanyak RM290 juta bagi Program 1Malaysia 1Harga yang bertujuan memastikan rakyat Sarawak, Sabah dan Labuan menikmati barangan keperluan pada harga yang sama seperti di Semenanjung, persidangan Dewan Negara diberitahu hari ini.

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Henry Sum Agong berkata sejak program itu dilaksanakan pada Februari 2013, kerajaan berjaya mengekalkan harga barangan keperluan bagi meningkatkan kualiti hidup rakyat di dua negeri dan wilayah tersebut.

“Semenjak dilaksanakan, kerajaan telah berjaya mengekalkan harga gula pada RM2.95 sekilogram, tepung gandum RM1.35 sekilogram dan minyak masak RM2.50 sekilogram sama seperti harga di Semenanjung Malaysia,” katanya.

Beliau menjawab soalan Senator Datuk Prof Sim Kui Hian mengenai tahap pencapaian program 1Malaysia 1Harga dalam usaha menyeragamkan harga barangan keperluan bagi meningkatkan kualiti hidup masyarakat luar bandar terutamanya di Sarawak.

Henry berkata selain skim itu, kerajaan turut giat melaksanakan Program Penyeragaman Harga bagi memastikan masyarakat di luar bandar dan pedalaman di Sabah, Sarawak dan Labuan menikmati barangan bersubsidi pada harga kawalan. – BERNAMA


*Sekadar Video Hiasan..

Kategori