Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

Panda Menipu Mengandung Untuk...

TAIPEI – Aik....panda pun pandai menipu. Jangan terkejut apabila seekor panda di zoo...

Kesetiaan Dan Pengorbanan Faktor...

KUALA LUMPUR - Anggota Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Azalina Othman Said percaya...

Motosikal Klasik Berusia 42...

ALOR SETAR - Peserta Jelajah Solo Merdeka, Hishamuddin Md Rashid, 45, membuktikan motosikal...

OKU Tak Serik Keluar...

DUNGUN - Seorang lelaki yang kudung sebelah kaki tidak pernah serik keluar masuk...

RM395j Baik Pulih, Selenggara Perumahan Pangsa

KLUANG – Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) membelanjakan RM395 juta sejak 2014 hingga tahun lepas bagi membaik pulih dan menyelenggara perumahan pangsa di seluruh negara.

Timbalan Menterinya Datuk Halimah Mohamed Sadique berkata pembaikan dan penyelenggaraan terhadap 80,000 unit rumah pangsa tersebut memberi manfaat kepada seramai 375,000 orang dalam menjalani kehidupan lebih selesa.

“Pembaikan dan penyelenggaraan berkenaan dilakukan menerusi inisiatif Kejiranan Indah yang bertujuan mengubah persekitaran kejiranan perumahan tidak terurus kepada lebih terurus sekali gus mewujudkan persekitaran selamat, bersih dan indah.

“Ia meliputi kerja-kerja mengecat semula bangunan rumah pangsa, menaik taraf bumbung, siling dan saluran air hujan, pendawaian semula kabel elektrik, tangki air dan sebagainya,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Program Transformasi Sosial (PTS) peringkat Parlimen Kluang bersempena Hari Tanpa Kenderaan Kluang 6.0, di sini hari ini.

Hadir sama, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) KPKT Datuk Khairul Dzaimee Daud dan Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Johor merangkap penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota Datuk Md Jais Sarday.

Halimah berkata dalam pada itu, KPKT turut membelanjakan RM496 juta sejak 2015 hingga tahun lepas bagi menaik taraf infrastruktur dan kemudahan awam di seluruh negara.

Beliau berkata sebanyak 3,783 projek infrastruktur dilaksanakan pihaknya dalam tempoh tersebut merangkumi menaik taraf jalan raya, longkang dan parit, pencahayaan bangunan serta menyusun semula tempat letak kenderaan.


Mengenai PTS, penyandang kerusi Parlimen Tenggara itu berkata ia sudah dilaksanakan di 36 lokasi di seluruh negara sejak 2014 dengan melibatkan penyertaan penduduk setempat, agensi kerajaan dan Jawatankuasa Perwakilan Penduduk (JPP).

Beliau berkata PTS merangkumi program seperti MyBomba JPP/Bomba Komuniti, Bandar Selamat, Komunikasi Untuk Perubahan Tingkah Laku, Komuniti Kitar Semula dan Rakan Taman.

Mengenai Hari Tanpa Kenderaan Kluang yang memasuki kali keenam penganjurannya, Halimah berkata ia secara tidak langsung dapat membantu masyarakat melihat dan memberi maklum balas terhadap pembangunan yang dilakukan di pusat bandar Kluang selain menggalakkan amalan gaya hidup sihat dengan berjalan kaki. – BERNAMA

Kategori