Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

4,695 Orang Masih Di...

KOTA BHARU - Jumlah mangsa banjir di Kelantan turun sedikit kepada 4,695 orang...

Yasin Mula Rawatan Bipolar...

PETALING JAYA : Penyanyi nasyid dan komposer, Muhammad Yasin Sulaiman, sudah mendapatkan rawatan...

Barbie Punya Pasal, Sanggup...

SEORANG wanita yang mengaku dirinya adalah `patung manusia’ sanggup belanja RM15,600 semata-mata untuk...

Pengarah Filem Animasi Terkenal...

PENGARAH prolifik filem animasi Jepun, Isao Takahata, yang terkenal dengan filem Grave of...

RM4.24j Dermasiswa Pelajar Perlis Di Timur Tengah

KANGAR Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) memperuntukkan lebih RM4.24 juta untuk Dermasiswa Pelajar Perlis di Timur Tengah bagi tahun ini.

Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail merangkap Yang Dipertua MAIPs bertitah inisiatif itu merupakan satu daripada usaha ke arah peningkatan dan penghayatan ilmu dalam kalangan rakyat di samping menyediakan golongan pelapis yang berilmu tinggi.

“MAIPs memberi sumbangan kepada pelajar Perlis di Jordan sebanyak RM11,000 seorang, manakala bagi pelajar di Mesir pula, jumlah sumbangan adalah RM6,000 seorang.

“Sumbangan ini bergantung kepada pencapaian akademik pelajar yang lulus dan berjaya dalam peperiksaan setiap tahun pengajian,” titah baginda selepas berkenan berangkat meninjau rumah mangsa ribut di Kampung Sungai Berembang, Simpang Empat, dekat sini lewat petang semalam.

Terdahulu baginda turut berkenan menyampaikan bantuan bencana berjumlah hampir RM86,000 daripada MAIPs kepada 51 mangsa kejadian ribut, yang berlaku 14 April lepas. – BERNAMA

Kategori