Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

2 Maut, Seorang Cedera...

IPOH - Dua lelaki maut manakala seorang lagi cedera parah apabila lori yang...

‘Tok Mat Dilantik Menteri...

Seorang pemimpin Bersatu mendakwa keputusan melantik Timbalan Presiden Umno, Mohamad Hasan sebagai menteri...

d’Tandoor Labur RM3 Juta...

PUTRAJAYA – d’Tandoor Food Industries Sdn. Bhd. (d’Tandoor) telah melabur kira-kira RM3 juta...

Arab Saudi Rancang Keluarkan...

ISLAMABAD - Arab Saudi merancang untuk mengeluarkan visa pelancong "tidak lama lagi", untuk...

Rody Kristal, Niena Azman Sah Bergelar Suami Isteri

SEKALUNG tahniah diucapkan buat gitaris kumpulan Kristal iaitu Rody kerana telah selamat diijab kabul bersama pengaja gol futsal kebangsaan, Nur Izwani Azman dengan sekali lafaz pada malam Jumaat.

Dua jiwa yang saling mencintai ini dinikahkan oleh jurunikah Nazlee Abdul Razak dalam sebuah majlis secara sederhana yang berlangsung di Hotel Kulai, Johor.

Memetik laporan mStar Online, Nur Izwani atau lebih mesra dengan sapaan Deqno dikatakan telah menerima mas kahwin sebanyak RM111 manakala wang hantaran sebanyak RM11,111.11 daripada suaminya.

Difahamkan juga, pihak perempuan menerima tujuh dulang hantaran daripada pihak pengantin lelaki dan dibalas dengan sembilan dulang hantaran.

Sementara itu, Rody menerusi entri terbaharu di Instagram memanjatkan rasa syukur selain menyifatkan perkahwinannya itu sebagai hari bersejarah buat dirinya.

“Alhamdulillah… Hari ini hari bersejarah buat hidupku. Dengan sekali lafaz aku telah menjadi suami @niena_azmann. Buat isteri yang tercinta, Insya-Allah I akan jaga dan bimbing sayang,” tulis Rody.


Apa yang paling menarik perhatian mengenai pasangan ini adalah Rody melamar Niena menerusi laman sosial Instagram miliknya pada September dan memilih untuk bertunang pada 4 November tahun lalu.

Alhamdulillah, kami di Mynewshub mendoakan agar jodoh perkahwinan ini berkekalan buat selama-lamanya hingga ke akhir hayat. – MYNEWSHUB.CC/AM

Kategori