Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

RM433.4 Juta Aliran Keluar...

KUALA LUMPUR – Jualan dana asing meningkat lebih tinggi kepada RM433.4 juta pada...

Guna Dadah Jenis THC,...

PETALING JAYA - Pelakon dan pengarah, Datuk Farid Kamil Zahari, diperintah bela diri...

Rayuan Kes Dadah: Mamat...

JOHOR BAHRU : Vokalis Exists, Mamat atau nama sebenarnya Mohd Ali Kamarudin, 47,...

Tiada Kes Baru Dilaporkan,...

KUALA LUMPUR - Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesahkan keadaan wabak anjing gila atau...

RUU Anti Berita Tidak Benar 2018 Dibentang

KUALA LUMPUR – Rang Undang-undang (RUU) Antiberita Tidak Benar 2018, bertujuan mengekang penyebaran berita tidak benar dan mewujudkan langkah-langkah pencegahan, dibentangkan di Dewan Negara hari ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Azalina Othman Said berkata RUU yang dibentangkan beliau tidak sama sekali akan menyekat kebebasan bersuara, sebaliknya menyekat penularan berita tidak benar.

Katanya sejak kebelakangan ini, negara ini sering berhadapan dengan pelbagai cabaran dan kesan daripada penyebaran berita tidak benar yang bukan sahaja mengelirukan masyarakat, malah boleh memberi ancaman terhadap keselamatan, ekonomi, kemakmuran dan kesejahteraan rakyat dan negara.

“Sedar atau tidak, berita tidak benar memberikan impak negatif kepada keselamatan dan kestabilan negara. Perpaduan intra dan inter kaum yang terbina di samping keutuhan wilayah yang dibentuk di Malaysia mampu terhakis disebabkan oleh berita tidak benar.

“Cerita direka, ditokok tambah atau diubah suai dengan pelbagai tujuan mengikut pihak yang menyebarkannya tanpa menghiraukan kesan yang bakal timbul kepada nusa dan bangsa. Sedikit demi sedikit, berita tidak benar akan meracuni minda pembaca dan mendorong mereka untuk mempercayai fakta yang tidak benar yang mampu membinasakan kesejahteraan masyarakat,” katanya ketika membentangkan RUU tersebut.

Justeru, kata Azalina, RUU itu menunjukkan langkah serius kerajaan untuk menangani masalah penyebaran berita tidak benar selaras dengan perkembangan teknologi moden.


“Usaha kerajaan dalam perkara ini amat penting untuk menangani penularan berita tidak benar agar orang ramai lebih bertanggungjawab dalam menghasilkan, menawarkan, menerbitkan, mencetak, mengedar atau menyebarkan berita benar.

“Pada masa yang sama, RUU ini juga akan memberikan mesej yang jelas bahawa kerajaan tidak akan berkompromi dengan penyebaran berita tidak benar yang boleh memudaratkan ketenteraman awam atau keselamatan negara malah akan terus memastikan keselamatan negara terus terpelihara,” katanya. – BERNAMA

Kategori