Monday, October 28, 2024

Creating liberating content

Pemandu Nyaris Maut Apabila...

LABUAN – Seorang warga emas nyaris maut apabila sebatang pokok berhadapan sebuah kompleks...

Najib Pertahankan Kabinet Baru

BETUL! Rakyat, hasil dan pencapaian perlu diutamakan.Saya perhati ramai yang kecewa dengan pengumuman...

Anggota Tentera Dilaporkan Hilang...

IPOH : Seorang anggota tentera berpangkat Koperal dilaporkan hilang ketika menjalankan operasi di...

Jangan Terlalu Menghormati Belanda...

KUALA LUMPUR - Skuad hoki negara diingatkan supaya tidak terlalu menghormati pasukan Belanda...

Akta Berita Palsu Pastikan Hak Bebas Bersuara

KUALA LUMPUR – Penggubalan Rang Undang-Undang (RUU) Antiberita Tidak Benar 2018 bertujuan melindungi orang awam daripada penyebaran berita tidak benar serta memastikan hak kebebasan bersuara di bawah Perlembagaan Persekutuan dihormati.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Azalina Othman Said menegaskan bahawa dakwaan kononnya penggubalan rang undang-undang itu diluluskan berikutan Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) semakin hampir dan kerajaan mahu menyekat kebebasan rakyat bersuara adalah tidak benar.

“Ingin saya tegaskan bahawa dakwaan itu sama sekali tidak berasas kerana perkara ini adalah isu global dan beberapa negara seperti Jerman, Singapura, Perancis, Republik Czech termasuk Kesatuan Eropah juga telah dan sedang mengambil langkah yang sama bagi membendung penyebaran berita tidak benar.

“RUU ini berpaksikan rakyat dan bersifat ‘quasi criminal’, di mana memperuntukkan kesalahan-kesalahan berhubung berita tidak benar. RUU ini juga memberi peluang kepada semua orang mendapat perlindungan melalui permohonan perintah mahkamah sebagaimana terdapat dalam Bahagian III RUU daripada penyebaran berita tidak benar,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Persidangan Dewan Negara hari ini meluluskan RUU Antiberita Tidak Benar 2018, yang menunjukkan keseriusan kerajaan menangani masalah penyebaran berita tidak benar dalam perkembangan teknologi moden.

Justeru, Azalina mahu semua pihak agar berhenti mempolemikkan RUU Antiberita Tidak Benar 2018 memandangkan beliau telah menjawab segala isu berbangkit ketika menggulung perbahasan rang undang-undang itu pada persidangan Dewan Negara hari ini.


“Usaha kerajaan ini juga selaras dengan Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V semasa ucapan pembukaan mesyuarat pertama penggal keenam Parlimen Ke-13 baru-baru ini, yang mahu mengekang penyebaran berita palsu kerana ia akan memberi pengaruh negatif kepada rakyat,” katanya.

Beliau pada masa sama, kesal berikutan tindakan segelintir anggota Parlimen daripada parti pembangkang yang gemar membazir masa dengan berbahas pelbagai perkara mengelirukan. – BERNAMA

Kategori