KUALA LUMPUR – Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Azalina Othman Said menegaskan kesalahan-kesalahan di bawah Rang Undang-úndang Antiberita Tidak Benar 2018 ditentukan sepenuhnya oleh mahkamah dan bukannya kerajaan.
Beliau berkata tidak wujud soal ‘pendakwaan berpilih’kerana keputusan terhadap setiap kesalahan di bawah undang-undang itu bergantung atas keterangan berdasarkan siasatan lengkap, dan seseorang individu hanya akan didapati bersalah apabila mahkamah menentukannya.
“Ini bukan undang-undang yang pemerintah, kerajaan atau menter membuat keputusan.
“Undang-undang ini diwujudkan supaya mana-mana pihak yang merasakan menjadi mangsa dalam kesalahan berita palsu, boleh pergi ke mahkamah memohon perintah sementara supaya mahkamah boleh keluarkan perintah berita itu diturunkan,” katanya ketika menggulung perbahasan rang undang-undang berkenaan di Dewan Rakyathari ini.
Di bawah RUU ini, akta yang dicadangkan adalah untuk melindungi orang awam daripada penyebaran berita tidak benar dan pada masa sama memastikan hak kebebasan bercakap dan bersuara di bawah Perlembagaan Persekutuan dihormati. -BERNAMA