Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Timbang Serap 36,000 Guru...

KUANTAN - Kerajaan sedang menimbang cadangan melantik kira-kira 36,000 guru Kelas al-Quran dan...

FAMA Bantu Pasarkan Produk...

SHAH ALAM - Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) akan membantu usahawan produk kecantikan...

AS Kecam Serangan Dron...

WASHINGTON : Amerika Syarikat (AS) mengecam serangan dron yang menyasarkan rumah Perdana Menteri...

Meluru Acu Pisau Di...

KUANTAN - Suasana persekolahan bagi murid Taman Bimbingan Kanak-Kanak (tabika) Perpaduan Bukit Sekilau...

Salah Dedah Mahu Pula Sertai Real Madrid

BINTANG Liverpool Mohamed Salah mendedahkan dia mahu menyertai Real Madrid pada musim panas ini.

Menurut laporan Don Balon di Sepanyol, pemain kebangsaan Mesir itu begitu terdesak untuk berhijrah ke Santiago Bernabeu.

Malah Liverpool didakwa sanggup melepaskan Salah yang menjaringkan 41 gol dalam semua perlawanan musim ini dengan harga sekitar 122 juta pound sterling.

Lebih mengejutkan, pemain tengah Real, Dani Ceballos turut ditawarkan kepada Liverpool dalam urusan jual beli Salah.

Presiden Real, Madrid Florentino Perez juga sanggup mengemukakan bidaan sebanyak 123 juta pound sterling kepada Liverpool bagi merealisasikan perpindahan Salah.

Salah masih ada kontrak di Anfield sehingga 2022 dan mungkin ditawarkan kontrak baharu susulan prestasi cemerlangnya musim ini.


Namun pengendali Liverpool, Jurgen Klopp yakin Salah tidak akan meninggalkan pasukan itu.

“Ia situasi yang saya tidak fikir akan berlaku. Kira-kira sembilan bulan lalu dia datang dan melakukan kejutan besar dalam kariernya.

“Untuk datang ke Liverpool, dia ada pilihan lain dan dia pilih untuk datang ke sini,” kata Klopp. – mStar Online

Kategori