Thursday, November 28, 2024

Creating liberating content

Tidak Salah Rafizi Pegang...

KUALA LUMPUR - Pelantikan Naib Presiden PKR Rafizi Ramli sebagai setiausaha agung tidak...

Rujuk Jabatan Agama Jika...

KUALA LUMPUR - Rujuk jabatan agama dan jangan percaya 'bulat-bulat' dakwah di media...

Abam ‘Simpan’ Isteri, Tak...

SEBAGAI selebriti, pasti mereka juga mahukan ruang privasi bersama orang tersayang. Takkan asyik...

Sydney Sambut Tahun Baharu…...

MALU... Pertunjukan bunga api yang gah di sekitar pelabuhan Sydney, Australia bagi sambut...

Salman Khan Dijel 5 Tahun Kes Bunuh 2 Antelop

GARA-GARA buru antelop daripada spesies ‘blackbuck’ secara haram, bintang Bollywood, Salman Khan dipenjara lima tahun dan denda 10,000 rupee (RM594) oleh mahkamah di Jodhpur, India.

Lapor Hindustan Times, Salman Khan, 52, didapati bersalah akibat memburu dan membunuh dua ekor haiwan terancam terbabit ketika penggambaran filem Hum Saath Saath Hain pada September 1998 di Kankani, Jodhpur.

Perbicaraan kes tersebut telah bermula di Mahkamah Majistret pada Mei 2013 lalu.

Selain pelakon berbadan sado itu, turut terlibat dipersalahkan melakukan hal yang sama ialah Saif Ali Khan, Sonali Bendre, Tabu dan Neelam Kothari namun mereka dibebaskan.

Pendakwa raya, Mahipal Bishnoi berkata, aktor veteran itu namun masih boleh membuat rayuan terhadap hukuman tersebut.

Antelop antara spesis haiwan yang terancam sejak 20 tahun lalu dan termaktub dalam Akta Perlindungan Hidupan Liar India, pada Februari 2006.


Tindakan undang-undang ke atas aktor utama filem Bajrangi Bhaijaan dan Sultan tersebut bukan kali pertama dikenakan.

Terdahulu, Disember 2015, dia pernah dipersalahkan atas tuduhan langgar lari yang mengorbankan seorang gelandangan manakala empat lagi cedera namun dibebaskan daripada dakwaan. – MYNEWSHUB.CC/MIZE

Kategori