MESKIPUN dihalang masuk ke dalam stadium, seorang peminat bola sepak di Ankara, Turki tetap bersemangat apabila sanggup menyewa kren untuk menyaksikan perlawanan dari luar.
Lapor Hurruyetdaily, lelaki yang juga peminat fanatik kelab bola sepak Denizlispor itu dihalang untuk memasuki stadium Denizli Atatürk selama setahun.
Dia menyewa kren dan diletakkan di sebelah stadium bagi menikmati perlawanan bola sepak tanpa sebarang gangguan penonton lain.
Gelagatnya dapat dilihat menerusi gambar yang menunjukkan dia turut mengibarkan bendera pasukan kesayangannya itu.
Tidak dapat dipastikan mengapa dia dikenakan tindakan larangan masuk ke stadium terbabit, namun lelaki itu nyata bertuah kerana pasukan kesayangannya itu menang bergaya dengan mata 5-0 mengalahkan kelab Gaziantepspor.
Penyerang utama, Mehmut Akyuz berjaya melakukan gol hatrik sambil dibantu rakan sepasukannya, Ismail Haktan Odabasi dan Ziya Alkurt yang menyumbang dua lagi gol. – MYNEWSHUB.CC