Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Buru Syarikat Jualan Langsung...

NILAI - Pejabat Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Selangor kini...

Mona Sedia Bertemu Empat...

PRAMUGARI yang didakwa menjadi orang ketiga dalam hubungan Shahir Zawawi dan Erra Fazira berkata...

Harimau Bintang, Buaya Boleh...

Massai Mara (Kenya) - Seekor kuda belang berjaya melepaskan diri selepas dibaham seekor...

Polis Serah Kertas Siasatan...

CHERAS - Kertas siasatan berhubung isu Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Dr...

Sarah Suhairi Makin Dapat Tempat Di Hati Peminat

KUALA LUMPUR – Selebriti YouTube (YouTuber) Sarah Suhairi tidak menyangka hobinya membuat ‘cover‘ lagu, iaitu menyanyi lagu artis lain di Instagram, membuka rezeki untuknya dipinang oleh syarikat rakaman.

Sarah, 18, dipinang syarikat MVM Production Sdn. Bhd. & Warner Music (Malaysia) Sdn. Bhd. untuk menerbitkan single berjudul ‘Pedih‘.

Lagu hasil ciptaan Room None dan lirik oleh Iman Imran kini mendapat tontonan lebih 317,000 penonton di YouTube sejak dimuat naik pada 2 April lalu.

Aktif sebagai YouTuber sejak 2016, Sarah yang ditemui selepas menjadi tetamu program Nine-11 terbitan Bernama News Channel di sini hari ini berkata, beliau tidak menyangka minatnya itu telah membuka peluang baginya untuk menjadi seorang penyanyi.

“Mula-mula ia cuma sekadar suka-suka,” katanya mengenai hobinya menyanyi di Instagram, dan tidak menyangka nyanyian itu menarik ramai pengikut.

​​​Anak kelahiran Kuala Lumpur itu berkata: “Sementara menunggu tawaran melanjutkan pengajian, saya akan manfaatkan masa terluang ini untuk promosikan single saya ini.”

Buat masa ini, Sarah terlibat dalam program pertandingan muzik online di www.hurr.tv, iaitu sebuah hab digital gaya hidup kontemporari terbaharu, di program ‘Muzik Jam’ yang disiarkan secara langsung bermula 28 Mac lepas dan berakhir 2 Mei ini.


Program enam episod di web tv itu bersiaran setiap Rabu pada jam 8.30 malam, dan turut menampilkan enam lagi YouTuber iaitu Sheryl Syazwanie, Yazmin Aziz, Alyssa Dezek, Shahida Supian, Aqeesh Aleeya dan Mimi Nazrina.

“Dalam rancangan ini, Sarah sudah melepasi tiga episod dan Alhamdulillah minggu lepas saya mendapat anugerah undian terbanyak. Saya mengharapkan program ini menjadi platfrom terbaik untuk YouTuber untuk lebih dikenali dan mendekati penonton baharu,” katanya.

‘Muzik Jam’ pada setiap episod menampilkan dua YouTuber untuk bertanding bagi menonjolkan kekuatan vokal masing-masing dengan menyanyi secara akustik lagu-lagu yang telah ditetapkan tema, merangkumi genre antaranya balada, pop dan rock. – BERNAMA

Kategori