Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Suhakam Tangguh Sambutan Hari...

KUALA LUMPUR - Sambutan Hari Hak Asasi Manusia yang dirancang esok di Padang...

Malaysia-Singapura Setuju Gantung Pelaksanaan...

SINGAPURA - Malaysia dan Singapura hari ini bersetuju kedua-dua pihak masing-masing akan menggantungkan...

PH Sekat 1,200 Jemaah...

BONGKAR... Sebelum ini Kerajaan Pakatan Harapan (PH) menafikan laporan pelbagai portal tempatan yang...

‘Hulk’ Sudah Serik Untuk...

BRASILIA - Seorang lelaki di Brazil mencapai saiz badan tidak ubah seperti watak...

“Saya Bukan Bogel” – Ifa Raziah Tampil Pertahan Diri

PELAKON dan pengacara Ifa Raziah menjadi mangsa terbaharu netizen di media sosial apabila sebuah video memaparkan dirinya tampil seksi menjadi tular.

Menerusi video berdurasi 15 saat itu jelas menyaksikan Ifa berpenampilan seksi dengan gaun ketat tanpa lengan sambil mempromosi sebuah produk kesihatan.

Rata-rata netizen yang menonton video tersebut melahirkan kurang senang dengan penampilan penyanyi tersebut sekali gus menyifatkan Ifa sebagai seorang yang tidak beriman.

Sedar isu tersebut sudah menjadi bualan ramai, Ifa tampil mempertahankan diri dengan dan menjelaskan situasi sebenar yang berlaku.

Ifa atau nama sebenarnya Saripah Raziah Mustapha mengaku dia sengaja memuat naik video berkenaan untuk membuktikan dirinya sememangnya sudah kurus dan bukan menggunakan teknik suntingan.

“Niat saya memang nak tunjuk. Selama ini saya buat promosi produk di IG orang cakap gambar hasil suntingan. Malah tunjuk gambar sebelum dan selepas pun orang tak percaya.

“Apabila saya tunjuk penampilan sebenar, orang kecam pula. Kalau tak tunjuk kata saya propa dan menipu. Kenapa susah sangat nak terima hakikat yang saya sudah kurus?

“Lagi pula dalam video berkenaan saya bukan berbogel. Orang kita terlalu cepat jatuh hukum tanpa ambil tahu cerita sebenar. Kalau yang menonton video ‘live’ saya pada waktu berkenaan, pasti tahu,” katanya dipetik Harian Metro.


Pelakon dan pengacara, Ifa Raziah.

Tambah Ifa, pada hari video tersebut dirakam, dia dan suami sedang menyambut ulang tahun perkahwinan ke-14. Pada masa sama, anak, keluarga serta peminat turut hadir memberikan kejutan.

“Memandangkan majlis dibuat di jakuzi rumah, saya ambil kesempatan rakam video itu. Sebenarnya, gaun itu ada lapisan luar. Namun, disebabkan ia labuh jadi tidak sesuai untuk berjalan atas air.

“Lagi satu, sebelum ini pun saya pernah pakai baju tanpa lengan. Kenapa tidak ada yang tularkan? Adakah sebab ketika itu saya gemuk atau tak cantik?” soalnya.

Meskipun teruk dikecam oleh netizen, Ifa bagaimanapun mengucapkan terima kasih kepada pihak yang menularkan video berkenaan kerana dalam sehari produknya habis terjual sebanyak 1,000 kotak. – MYNEWSHUB.CC/AM

Kategori