Tuesday, January 21, 2025

Creating liberating content

346 Polis Antara 804...

KUALA LUMPUR : Seramai 346 pegawai dan anggota polis adalah antara 804 penjawat...

Jamal Abdillah, Wahid Senario...

KUALA LUMPUR - Penyanyi, Datuk Jamal Abdillah dan pelawak, Wahid Senario hadir pada...

Selangor Menang Piala Malaysia...

SHAH ALAM - Selangor melengkapkan 'Misi 33' dengan sentuhan Ahmad Hazwan Bakri untuk...

Beri Bantuan Kepada Rakyat...

BAGAN DATUK — Timbalan Perdana Menteri meminta semua parti komponen Barisan Nasional (BN)...

“Saya Dianiaya Pihak Tertentu” – Datuk Rizalman

KUALA LUMPUR – Ketua UMNO Bahagian Bandar Tun Razak, Datuk Rizalman Mokhtar mengakui beliau adalah individu yang dimaksudkan berhubung dakwaan penyalahgunaan dadah di sebuah pusat hiburan baru-baru ini.

Bagaimana beliau menafikan ada mengambil barang terlarang itu dan percaya dirinya telah diperangkap oleh pihak tertentu dengan niat untuk menjatuhkan reputasinya sebagai pemimpin UMNO di Bahagian Bandar Tun Razak.

“Saya menafikan sekeras-kerasnya terlibat dalam penyalahgunaan dadah seperti mana yang dilaporkan.

“Jika betul laporan yang mengatakan ujian air kencing positif, saya yakin ianya adalah satu perangkap ke atas diri saya yang bertujuan merosakkan nama baik saya.

“Ini kerana ketika di pusat hiburan itu saya hanya berhibur dan hanya mengambil kopi dan minuman ringan. Tiada minuman keras mahupun dadah.

“Itu yang saya pelik bagaimana saringan awal mendapati saya positif dadah, ketika ditahan pun saya normal serta tidak khayal,” katanya dalam sidang akhbar khas di sini hari ini.

Pemimpin berusia 46 tahun itu mendakwa, serbuan memang khusus disasarkan kepada beliau dan rakan-rakannya memandangkan pasukan polis hanya memeriksa biliknya tanpa buat pemeriksaan di bilik lain di premis tersebut.

Tegas Rizalman, adalah tidak adil buat dirinya untuk dipersalahkan kerana sehingga kini beliau belum disabitkan kesalahan dan didakwa di mahkamah.

“Kenapa disebabkan perkara yang masih tidak pasti ini menjejaskan peluang saya disenaraikan sebagai calon BN pada pilihan raya akan datang?


“Saya bersih dan telah terlibat dalam politik selama 14 tahun. Jangan kerana isu kecil ini sumbangan saya secara konsisten dilupakan,” katanya.

Ditanya tujuan beliau ke kelab hiburan tersebut, Rizalman berkata ia berkunjung ke sana hanya untuk menyanyi bersama-sama dengan beberapa rakan.

“Hanya hiburan biasa di tempat yang ada lesen, yang tidak menyalahi undang-undang dan saya percaya ramai buat benda sama. Saya suka nyanyi dan malam itu sempat dua, tiga lagu,” katanya.

Terdahulu beberapa portal berita menyebut pemimpin itu ditahan di kelab hiburan Club de Vegas di Jalan Imbi pada Isnin dalam serbuan Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.

Hasil ujian air kencing turut mendapat mendapati Rizalman dan beberapa lagi rakannya positif dadah jenis syabu. – MYNEWSHUB.CC

Kategori