Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Saifuddin Kritik Rafizi Memilih...

Kemunculan semula bekas Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli sekadar menghuru-harakan Parti Keadilan Rakyat...

56 Mati Selepas Minum...

MAPUTO - Sekurang-kurangnya 56 orang mati di sini semalam selepas minum bir tradisional...

Jeritan Selamatkan Setinggan Wakaf...

KOTA BHARU - Jeritan penduduk menyedarkan beberapa penduduk di Wakaf Mek Zainab di...

“Lain Kali Takde Duit...

SEJAK semalam menjadi tular menerusi laman Twitter memaparkan seorang pemandu Grab meluahkan rasa...

“Sayang Saya Terhadapnya Tak Pernah Luntur” – Salma

SEMALAM, bekas peserta Akademi Fantasia (AF) musim ke-9, Mohammad Azri Abdullah telah dijatuhkan hukuman penjara selama 14 hari dan denda sebanyak RM5,000 oleh Mahkamah Sesyen Petaling Jaya atas kesalahan dera anak perempuan tirinya.

Memetik laporan BH Online, isteri kepada penyanyi tersebut iaitu Salma Asis ketika diminta mengulas mengenai keputusan mahkamah berkenaan berkata, cinta dan sayang di hati terhadap suami tetap tidak berubah mahupun luntur.

Salma turut berkata, dia dan ahli keluarga reda dengan apa juga keputusan mahkamah selain memohon orang ramai agar berhenti daripada cuba membuat spekulasi liar berhubung kes berkenaan.

“Mungkin ini ujian Allah dan orang luar tidak sepatutnya membuat andaian negatif kerana mereka tidak tahu perkara sebenar.

“Saya kenal siapa suami dan tahu bagaimana sikapnya. Allah lebih tahu apa yang terbaik untuk kami,” kata Salma yang juga merupakan seorang penyanyi.

Azri

Dalam pada itu, menurut Salma lagi, suaminya turut berpesan supaya menerima keputusan itu dengan hati terbuka meskipun ia mungkin sesuatu yang menyedihkan.

“Dia minta saya jaga anak dengan baik dan menguruskan segala keperluan mereka. Cuma tadi, saya hiba apabila melihat anak (mangsa) menangis. Dia memberitahu, mahukan papa.


“Keluarga juga faham dan minta saya bersabar. Saya terima ujian ini kerana percaya, ada hikmah di sebaliknya. Saya tidak mahu cerita lebih, bimbang nanti orang fikir bukan-bukan,” tambah pemenang 3 Juara itu lagi.

BACA : Aniaya Anak Tiri, Peserta AF Dipenjara 14 Hari

Sekadar mengimbas semula, Azri didakwa atas tuduhan melakukan penganiayaan terhadap anak tirinya yang kini berumur 11 tahun dengan mencelup kedua-dua tangan mangsa ke dalam air panas di pangsapuri di Seksyen 9, Subang Jaya sekitar jam 8 pagi pada 5 Mei 2016.

Difahamkan, Hakim Norshila Kamaruddin menjatuhkan hukuman terbabit ke atas Azri selepas bekas peserta AF9 itu mengaku bersalah.

Sehubungan itu, mahkamah turut memerintah Azri menjalani hukuman penjara bermula semalam (Jumaat) dan dipenjara selama enam bulan jika gagal membayar denda. – MYNEWSHUB.CC/AM

Kategori