Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Mahathir Pengganti Nik Aziz...

KUALA LUMPUR - Parti Amanah Negara (PAN) membayangkan Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia...

Anwar, Azmin Wajar Bersara...

PERGERAKAN Pemuda UMNO Malaysia memandang serius senario pertelingkahan kepimpinan tertinggi negara yang dilihat...

Cuci Kereta Untuk Tabung...

KUALA LUMPUR - Komited untuk membantu negara, sekumpulan remaja dan kanak-kanak mengambil inisiatif...

Mayat Kanak-Kanak Dibaham Buaya...

SAMARAHAN - Mayat kanak-kanak perempuan yang dibaham buaya ganas di Kampung Sungai Mata...

Sebab Kes Ganja, 4 Bulan Nadzmi Tak Dapat ‘Job’

TAHUN lalu merupakan detik hitam dalam hidup pelakon Nadzmi Adhwa apabila dia ditahan oleh pihak polis disebabkan penemuan bahan terlarang iaitu ganja dalam kereta miliknya.

Baca: Nadzmi Nafi Ambil Dadah, Ada Kesilapan Dalam Laporan

Empat bulan rezekinya bagaikan ditutup akibat tidak menerima sebarang tawaran lakonan daripada mana-mana syarikat produksi dan disebabkan itu, pemuda berusia 26 tahun ini hampir berputus asa dengan dunia seni.

“Saya hampir putus asa dan pernah terfikir untuk berhenti daripada jadi anak seni. Selama empat bulan, saya langsung tidak menerima tawaran berlakon hingga terfikir untuk cuba bidang lain.

“Kejadian itu benar-benar meninggalkan kesan hitam kerana ia bukan perkara kecil, terutama apabila membabitkan nama baik keluarga. Biarpun tidak bersalah, sukar untuk saya mengikis persepsi orang luar,” katanya dipetik portal BH Online.

Bagaimanapun, pemuda kelahiran ibu kota itu tetap mempercayai rezeki dari Yang Maha Esa dan dia tetap terus berusaha untuk terus melakar kejayaan dalam bidang yang diseburinya sejak empat tahun lalu.

Disebabkan itu, bekas pengacara program Jalan Jalan Makan Angin itu perlu ‘merangkak’ semula dari bawah demi mengembalikan zaman kegemilangannya.

Walaupun kontraknya bersama dengan syarikat pengurusan MindOrder Sdn. Bhd. masih lagi berbaki lima bulan, dia tetap mengambil keputusan untuk menguruskan dirinya sendiri selepas tempoh itu.

Dalam masa yang sama, pelakon drama Hati Perempuan itu juga bakal meneruskan pengajiannya di peringkat Sarjana bagi jurusan Rekaan Grafik dekat Universiti Teknologi Mara (UiTM) kampus Puncak Alam.

Namun, jiwanya masih lagi menebal dalam dunia lakonan dan itu yang menyebabkan dia mengalami kesukaran dalam membuat keputusan.


Selain itu, dia juga telah tercalon bagi pencalonan awal untuk tiga kategori iaitu Pelakon Lelaki Pilihan, Pasangan Pilihan dan Drama Pilihan bagi anugerah Drama Festival Kuala Lumpur (DFKL) pada tahun ini.

Oleh disebabkan pencalonan berkenaan, ia sedikit sebanyak telah membangkitkan semula semangatnya untuk terus melangkah jauh serta melupakan segala kontroversi yang melanda dirinya sebelum ini.

“Saya tidak menyangka watak sebagai Zuhairi Zori (watak drama Namaku Bedah) menjadi kerana karakternya tidak terlalu berat.

“Mungkin juga mereka memandang kelebihan saya apabila menampilkan sisi lakonan berbeza dalam drama itu,” katanya lagi.

Sebelum ini, Nadzmi dan adiknya pernah ditahan oleh pihak polis disebabkan memiliki bahan terlarang, namun selepas disoal siasat, didapati terdapat kesilapan didalam laporan air kencing yang dibuat.

Baru-baru ini, Nadzmi telah melancarkan single pertamanya berjudul Cinta Yang Lain. – MYNEWSHUB.CC/AH

Kategori