Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Mourinho Puas Hati Prestasi...

BURNLEY - Jose Mourinho kini boleh tersenyum kembali selepas Manchester United berjaya menumpaskan...

Lebih 300 Rakyat China...

PUTRAJAYA - Lebih 300 rakyat China menjadikan Malaysia sebagai transit sebelum ke negara...

Tengku Zafrul Dahului 104...

SHAH ALAM - Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku...

Parti Hari Jadi Ke-90...

JANGAN salah faham, ini bukan karnival suka ria atau pesta berbaur maksiat, malah...

Selebriti Ganding Bahu Banteras Gejala Buli Siber

KUALA LUMPUR – Seramai hampir 20 selebriti tanah air telah hadir ke majlis pelancaran Kempen Tanggungjawab Sosial ‘Akhiri Buli Siber & Penyebaran Maklumat Palsu’ bertempat di Kuala Lumpur Performing Arts Centre (KLPAC), hari ini.

Tujuan utama kempen itu diadakan ialah bertujuan untuk mendidik masyarakat tentang hak-hak melindungi diri dari gejala negatif buli siber dan penyebaran maklumat palsu.

Datuk Seri Dr. Salleh Said Keruak bersama-sama barisan selebriti tanah air yang menggerakkan Kempen Tanggungjawab Sosial ‘Akhiri Buli Siber & Penyebaran Maklumat Palsu’.

Kempen berkenaan telah disokong oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan turut dirasmikan oleh Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr. Salleh Said Keruak.

“Kita tahu bahawa berita palsu dan pembuli siber boleh mengaancam kehidupan harian seseorang dan kami turut bersyukur kerana semua selebriti telah berjaya bergabung bersama dalam perjuaangan kali ini. Perkara itu telah menjejaskan setiap rakyat Malaysia tanpa mengira usia dan status,” katanya ketika ditemui pagi tadi.

Bagi fasa pertama ini, tema yang ditetapkan ialah ‘Sebar Fakta Bukan Dusta’ dan ‘Aku Bersamamu’.

Disebalik kejayaan kempen ini, terdapat seorang individu telah berjaya memberi idea kepada penerbit dan pengarah terkenal, Datuk Hans Isaac iaitu Noor Neelofa.

Neelofa selaku pencetus idea kempen ini telah melihat bahawa masyarakat masa kini semakin terdedah dengan gejala negatif buli siber dan penyebaran berita palsu yang bagaikan semakin berleluasa.

Datuk Hans Isaac dan Datuk Seri Dr. Salleh Said Keruak.

Sebagai seorang selebriti yang sudah lama melibatkan diri dalam dunia seni, Hans telah tergerak hati untuk turut bekerjasama dengan selebriti yang lain bagi menjayakan kempen itu.

“Selebriti ini boleh dikatakan sebagai golongan yang sering menjadi mangsa buli siber. Jadi mereka merupakan barisan individu yang mempunyai pengaruh serta akan memberi informasi kepada pengikut.

“Mereka juga akan bertanggungjawab untuk mempromosikan kempen ini dengan lebih meluas di media sosial,” kata Hans ketika ditemubual oleh pihak media.

Bagi Neelofa, dia sendiri sering menjadi mangsa buli siber sehinga membuatkan dia berasa teragak-agak untuk berkongsi gambarnya di media sosial seperti Instagram kerana apa jua yang dilakukannya pasti akan mendapat perhatian netizen.


Lebih-lebih lagi selepas isu pelancaran koleki baharu tudungnya, Be Lofa di sebuah kelab malam terkenal dekat ibu negara menjadi bualan hangat di bibir netizen.

Neelofa
Neelofa

“Masyarakat kini semakin lantang dalam mengkritik dan memberi pendapat tetapi mereka tak sedar bahawa bahasa yang mereka gunakan agak kasar. Malah, golongan ‘bawang’ seperti itu turut tidak menggambarkan sifat sopan santun rakyat malaysia.

“Pernah tak anda berfiir apa-apa sebelum menyebarkan berita palsu atau mengkritik seseorang? Jangan terlampau teruja untuk berkongsi beberapa perkara di media sosial.

“Adakah anda mangsa buli siber atau anda sendiri ialah pembuli siber? Jika anda ialah mangsa, laporkan kepada pihak berwajib dan sekiranya anda sendiri pembuli siber, hentikan gejala tidak sihat itu dengan segera,” katanya.

Selain Neelofa, antara selebriti lain yang bersama-sama menggerakkan kempen ini ialah Awal Ashaari, Scha Alyahya, Alif Satar, Joe Flizzow, Maya Karin, Nora Danish, Caprice, Adibah Noor, Kavita Sidhu, Alex Yoong, Ilaa Damia, Imam Muda Asyaraf, Jane Teoh dan Shahrol Shiro.

Dalam masa yang sama, terdapat barisan sosial media influencer di Instagram dan YouTube turut hadir bagi memberi sokongan pada pagi tadi iaitu Zack Merican, Sharifah Rose, Yasmin Redzuan, Faiz Dickie, Ezrin Loy dan ramai lagi. – MYNEWSHUB.CC/AH

Kategori