Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

MB Selangor Sangkal Dakwaan...

SHAH ALAM - Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali hari ini menyangkal dakwaan...

5 Lelaki Ditahan Bantu...

GEORGE TOWN - Polis hari ini menahan lima lelaki disyaki terlibat dalam kes...

Dua Restoran Nasi Kandar...

GEORGE TOWN - Dua restoran nasi kandar termasuk sebuah restoran terkenal di Jalan...

Sebutan Semula Kes Rompak...

KUALA LUMPUR - Mahkamah Sesyen Ampang menetapkan 19 Oktober untuk sebutan semula kes...

Selesa Kawan Dengan Zizan, Mira Mahu Bina Nama Dahulu

KONTROVERSI ‘percintaan’ antara pelakon Mira Filzah dan pelawak terkenal, Zizan Razak bagaikan tiada penghujungnya walaupun sudah banyak kali kedua-duanya menjelaskan berkepada umum tentang perkara itu.

Kali ini, Mira atau nama sebenarnya Nur Amirah Filzah Badioezaman menegaskan bahawa Insta Story ‘rindu’ yang dimuatnaiknya beberapa hari lalu bukanlah ditujukan buat pelawak dan penyanyi hebat itu.

“Status yang saya kongsi itu bersifat umum dan tidak meletakkan nama sesiapa, mahupun ditujukan kepada individu tertentu,” katanya dipetik daripada BH Online.

Malah, ia turut dibalas oleh beberapa peminat setia gadis berusia 25 tahun itu dalam bentuk gurauan kerana mereka mengetahui bahawa pelakon drama Rahsia Hati Perempuan itu sedang menuju ke satu destinasi bagi menjalani penggambaran drama berkenaan.

“Ramai juga yang membalasnya dengan kata-kata lucu. Soal Zizan yang dikatakan membalas status saya di laman sosialnya, saya tak boleh komen,” tambahnya.

Andaian hubungan ‘percintaan’ mereka bertambah kuat apabila Zizan memuat naik satu Insta Story bagaikan membalas salam rindu yang dikirimkan oleh Mira.


Bagaimanapun, sebagai seorang wanita, Mira merasakan bhaawa dia tidak perlu lagi menjelaskan apa-apa berkaitan hubungan mereka.

Malah, selepas bersama-sama membintangi telefilem Jula Juli Bintang Cinta dan Jula Juli Bintang Putus Cinta, Zizan dan Mira dikenali sebagai teman rapat kerana mereka dilihat selesa untuk bekerjasama.

“Tiada apa-apa yang mahu diumumkan mengenai hubungan saya dengan sesiapa memandangkan fokus utama saya kini adalah kerja. Saya senang berkawan dengan Zizan.

“Dia seorang lelaki yang baik. Kalau boleh selepas ini saya tidak mahu mengulas lagi mengenai hal peribadi. Tahun ini memang fokus saya hanyalah pada kerjaya sahaja,” ujarnya.

Mira baru sahaja selamat sampai ke Perth, Australia bagi menyambung semula penggambaran drama Rahsia Hati Perempuan selepas  pulang sebentar ke tanah air bagi menghadiri majlis pertunjukan raya Ariani petang semalam.

Drama Rahsia Hati Perempuan dibarisi oleh ramai pelakon hebat, antaranya ialah Hisyam Hamid, Fikry Ibrahim, Uqasha Senrose dan ramai lagi. – MYNEWSHUB.CC/AH

Kategori