Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Romania Larang Sarkas Guna...

BUCHAREST - Parlimen Romania meluluskan rang undang-undang melarang semua sarkas di negara itu...

Stail Mahathir, Najib Bagai...

DALAM kalangan ahli-ahli politik, Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Annuar Musa boleh dianggap...

Presiden China Ucap Tahniah...

BEIJING - Presiden China, Xi Jinping pada Isnin telah menghantar mesej ucapan tahniah...

Suspek Hina Perdana Menteri...

PUTRAJAYA : Polis menahan lelaki mengeluarkan kenyataan berbaur penghinaan terhadap Perdana Menteri, Datuk...

Sembilan Pasar Tani Kekal FAMA Dalam Pembinaan

KULIM – Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) kini dalam rangka perancangan menyiapkan sembilan Pasar Tani Kekal (PTK) di seluruh negara menjelang akhir tahun ini.

Ketua Pengarah FAMA, Datuk Ahmad Ishak berkata, jumlah itu adalah antara sasaran jangka panjang dalam mewujudkan 60 PTK di seluruh negara.

“Sebanyak 25 PTK sudah beroperasi setakat ini dengan PTK Kulim adalah yang terkini yang mula beroperasi pada 10 Mac lalu,” katanya kepada media selepas merasmikan Majlis Pelancaran Program Jimat Belanja Dapur dan PTK Kulim di sini hari ini.

Ahmad berkata, jumlah PTK akan ditambah pada masa akan datang sekiranya terdapat lokasi strategik dan permintaan yang tinggi memandangkan PTK banyak memberi manfaat kepada pengusaha asas tani, penternak dan petani di seluruh negara.

“Setakat ini, lebih 75,000 usahawan tani mendapat manfaat melalui lebih 1,000 pasar tani yang diwujudkan oleh FAMA seperti pasar tani mingguan, MyFarm Outlet, PTK dan Agro Bazaar,” katanya. – BERNAMA

Kategori