Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Agong Titah Kajian Semula...

CAMERON HIGHLANDS: Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, menitahkan kajian...

Ahli Politik Digesa Tidak...

PETALING JAYA - Ahli politik digesa tidak campur tangan dan menyalahgunakan kuasa dalam...

Tarif Air Tetap Naik...

KLANG - Kerajaan tetap akan menaikkan tarif air di seluruh negara tahun ini...

3,074 Kes Covid-19 Dilaporkan...

PUTRAJAYA – Jangkitan baharu Covid-19 menunjukkan sedikit penurunan kepada 3,074 kes hari ini,...

Sempoi Habis, Michael Bawa Model ‘Plus Size’ Ke Pentas

MESKIPUN sudah beberapa hari berlalu, namun isu pengkritik fesyen, Zaihani Mohd Zain yang mempersenda individu bertubuh besar masih lagi hangat diperkatakan.

Isu berkenaan bukan sahaja mengundang rasa kurang senang netizen tempatan malah golongan selebriti turut ‘terpanggil’ memberi reaksi berhubung hal itu.

BACA : Hina Orang Gemuk, Zaihani Diselar Ramai Pihak

BACA : Zaihani Tampil Penjelasan Isu Hina Orang Gemuk

Dalam pada itu, sama ada sedar atau tidak, ada pihak yang mengambil kesempatan terhadap perkara tersebut kerana ianya menjadi viral dan bahan bualan orang ramai.

Pengarah terkenal, Michael Ang telah mengambil kesempatan daripada insiden itu dengan membawa individu berbadan besar ke pentas catwalk untuk memperagakan koleksi baju raya rekaannya.

Difahamkan, Michael telah menghasilkan pakaian bersaiz besar bagi mereka yang berbadan gempal untuk tampil segak, bergaya dan menawan saat menyambut Hari Raya yang bakal menjelma tidak lama lagi.

Tidak seperti pertunjukan fesyen yang lain, pentas catwalk itu kelihatan sempoi dan bersahaja selain diperagakan oleh model yang bertubuh badan besar.

Perkara itu telah dikongsi oleh Micheal sendiri menerusi entri di laman Instagram miliknya pada Khamis.



“Ambil kau! I guarantee u all yang semua atas catwalk tu lebih daripada 60kg! @starvilion #starvilionlebaran2018 jangan lupa beli baju melayu I sekarang ok! Selamat Hari raya! Luv u all! Peace!” tulisnya menerusi entri berkenaan.

Perkongsian tersebut menerima reaksi positif daripada netizen yang mana rata-rata memuji tindakan kreatif pengarah terkenal itu.

Hmmm… Terbaiklah. Gemuk tak semestinya perlu dihina. Tak kisah lah gemuk ke kurus janji sihat. kan? – MYNEWSHUB.CC/AM

Kategori