Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Pesawat AirAsia Berpatah Balik...

PESAWAT AirAsia penerbangan AK9327 terpaksa berpatah balik dan terpaksa melakukan pendaratan cemas selepas...

Brussels Bergegar 2 Letupan...

BRUSSELS - Sekurang-kurangnya 13 orang dilaporkan terbunuh dan 35 yang lain cedera susulan...

Boko Haram Mengaku Serangan...

WASHINGTON - Kumpulan Boko Haram mengaku bertanggungjawab terhadap serangan di ibu negara Chad,...

12 Penduduk Dipindah Akibat...

BAGAN SERAI: Seramai 12 orang daripada tiga buah keluarga dipindahkan ke Pusat Pemindahan...

Semua Akur Pemilihan Calon BN Kelantan

MACHANG – Barisan Nasional (BN) Kelantan tidak memerlukan penubuhan pasukan pemantau bagi menyelesaikan isu berbangkit berhubung pemilihan calon parti itu untuk bertanding pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14), kata Timbalan Pengerusi BN Kelantan, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub.

Beliau berkata mereka yang pada mulanya tidak berpuashati dengan senarai calon BN yang diumumkan Pengerusi BN Kelantan Datuk Seri Mustapa Mohamed semalam, kini mengakui senarai tersebut adalah pilihan yang tepat dan berikrar untuk bekerja keras membantu kemenangan BN.

“Walaupun sesetengah pihak tidak berpuashati nama mereka tidak disenaraikan tetapi selepas 48 jam kemudiannya mereka akur dengan pemilihan pucuk pimpinan parti,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Penyampaian Dividen Risda Peringkat Negeri Kelantan di sini, hari ini.

BN Kelantan ketika mengumumkan 59 calon kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) semalam, mempertaruhkan 30 calon muka baharu serta pemimpin veteran untuk PRU14 dalam usaha merampas negeri tersebut daripada penguasaan PAS sejak 28 tahun lepas.

Sementara itu, Ahmad Jazlan, yang Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, berkata lebih banyak kawasan baharu untuk projek Agropolitan Risda akan dibuka di Kelantan sekiranya BN diberi mandat mentadbir negeri itu pada PRU14 supaya lebih ramai rakyat Kelantan mendapat manfaat.


Pada majlis berkenaan, seramai 650 pekebun kecil getah menerima dividen berjumlah lebih RM5.9 juta hasil perolehan ladang getah sepanjang tahun lepas. – BERNAMA

Kategori