Monday, October 28, 2024

Creating liberating content

Jangan Jadikan Isu Sensitif...

PENAMPANG - Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal mengingatkan semua pihak...

RUU Perbekalan 2021 Bagi...

KUALA LUMPUR - Dewan Rakyat hari ini meluluskan Rang Undang-undang Perbekalan 2021 peringkat Jawatankuasa bagi Jabatan...

Warga Bangladesh Cedera Ringan...

IPOH - Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak mengarahkan sebuah tapak pembinaan...

Giliran Presiden PAS Kena...

KUALA LUMPUR - DAP memperingatkan orang ramai khususnya umat Islam Malaysia bahawa Presiden...

Semua Keputusan Kuantan FA Liga Premier Dibatalkan

KUALA LUMPUR – Lembaga Pengarah Liga Bolasepak Malaysia (MFL) telah memutuskan semua keputusan perlawanan Liga Premier 2018 yang membabitkan pasukan Kuantan FA dibatalkan.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan Unit Media MFL hari ini, keputusan berkenaan adalah berdasarkan kepada keputusan Lembaga Pengarah MFL yang menggugurkan penyertaan Kuantan FA dalam saingan Liga Premier 2018 pada 20 April lepas.

“Ini bermakna jaringan gol, jumlah mata dan jumlah perlawanan yang telah berlangsung membabitkan Kuantan FA tidak akan dikira. Jaringan gol, jumlah mata dan jumlah perlawanan akan dikira sebagai kosong (0).

“Kuantan FA telah bermain daripada perlawanan LP1 sehingga LP7. Pasukan yang telah bertemu Kuantan FA ini adalah pasukan Sarawak, MIFA, UiTM FC, UKM FC, Felda United FC, Pulau Pinang dan PDRM,” kata kenyataan itu.

Bagaimanapun, bagi kesalahan Organisasi Teknikal Pertandingan (OTP), perkara tatatertib termasuk pengumpulan kad kuning dan perintah keluar padang atau kad merah adalah dikekalkan dan berkuat kuasa seperti biasa.


Pasukan Kuantan FA akan dikeluarkan daripada senarai jadual perlawanan serta kedudukan liga.

Ini bermakna, hanya 11 pasukan sahaja yang akan bertanding sehingga penghujung musim 2018. – BERNAMA

Kategori