Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

Anwar Jamin Tidak Lupa...

REMBAU - Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi jaminan...

Kerajaan Pertimbang Kecuali Cukai...

KUALA LUMPUR: Kerajaan Persekutuan akan mempertimbang cadangan pengurangan atau pengecualian cukai industri agromakanan.Ikuti...

PATI Jadi Pemborong Haram...

KENINGAU - Kementerian Pertanian dan Industri Makanan Sabah akan melakukan siasatan terperinci berhubung...

SonaOne Kelu ‘No More’...

PETALING JAYA - Penyanyi rap SonaOne tidak dapat menggambarkan dengan kata-kata apabila No...

Sentiasa Pastikan Keamanan, Kemakmuran Rakyat

KENINGAU – Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Musa Aman berkata kerajaan Barisan Nasional (BN) sentiasa berusaha untuk memastikan keamanan dan kemakmuran yang dinikmati rakyat di negeri ini sentiasa terpelihara.

Sehubungan itu, katanya rakyat perlu sentiasa berwaspada dan tidak mudah terpengaruh dengan cubaan pihak tertentu yang sentiasa berusaha untuk menghancurkan keamanan dan keharmonian yang sedang dinikmati.

“Apa (keamanan, kemakmuran dan keharmonian) yang sedang dinikmati oleh rakyat ketika ini adalah hasrat dan aspirasi kerajaan Barisan Nasional,” katanya pada Majlis Pemimpin Bersama Rakyat dan Pesta Kalimaran Peringkat Negeri Sabah 2018 yang dirasmikan oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi di sini, hari ini.

Teks ucapan beliau dibacakan oleh Timbalan Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Joseph Pairin Kitingan.

Hadir pada majlis itu ialah isteri timbalan perdana menteri, Datin Seri Hamidah Khamis; Presiden Persatuan Murut Sabah (PMS), Datuk Rubin Balang; Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar negeri, Datuk Masidi Manjun dan Menteri Pembangunan Luar Bandar negeri, Datuk Radin Maleh.

Musa juga menekankan bahawa mengenali dan memahami budaya antara etnik dalam masyarakat majmuk di negara ini sangat penting ke arah memperkasakan perpaduan dan integrasi nasional.

Katanya, perpaduan dan persaudaraan tanpa mengira status keturunan, kepercayaan dan anutan agama yang menjadi amalan rakyat di negara ini merupakan tonggak terpenting dalam pembinaan negara bangsa.


Beliau turut mengajak rakyat di daerah Tenom agar terus memperkukuhkan komitmen dan iltizam bagi menjayakan pelbagai agenda transformasi dan pembangunan di bawah kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Ahmad Zahid.

Musa yang juga pengerusi BN Sabah berkata kesetiaan rakyat kepada parti itu sangat penting bagi membolehkan lebih banyak pembangunan dan kemajuan dapat dinikmati.

“Oleh itu rakyat di negeri ini khususnya di kawasan pedalaman (perlu) terus bersatu padu dan bekerjasama dengan BN, untuk menjayakan agenda pembangunan rakyat.

“Semoga usaha BN dalam membangun dan memajukan negeri ini akan terus berjalan dengan lancar berkat sokongan serta dukungan daripada seluruh rakyat di negeri ini,” katanya. – BERNAMA

Kategori