Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Jurusolek Jelas Isu Make...

SETELAH viralnya foto-foto peserta Gegar Vaganza 3 (GV3) yang disifatkan sebagai raw dan...

Seorang Individu Berisiko Buta...

JOHOR BAHRU - Sekurang-kurangnya seorang individu di negeri ini berisiko mengalami kebutaan setiap...

Anwar Tarik Balik Rayuan...

PUTRAJAYA - Bekas Ahli Parlimen Permatang Pauh, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sedang...

Takda Ke MP Muslim...

PERGHHH... Kagum... antara rasa yang terlintas di hati penulis ketika membaca 'pelakon-pelakon' dalam plot...

Serang Syria Ancam Keamanan Antarabangsa

KUALA LUMPUR – Serangan bersepadu ke atas Syria oleh Amerika Syarikat (AS) bersama sekutunya mengancam keamanan dan keselamatan antarabangsa, kata Yayasan Gerakan Kesederhanaan Global (GMMF).

Pengerusi Eksekutif dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Nasharudin Mat Isa berkata situasi itu tidak saja mengancam rantau berkenaan, malahan daerah luarnya, oleh kerana tidak ada solusi tentera dapat menyelesaikan konflik berkenaan.

Dalam satu kenyataan hari ini, Nasharudin menggesa Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu dan badan-badan relevan dalam masyarakat antarabangsa mempertingkat usaha ke arah membantu mewujudkan penyelesaikan damai terhadap konflik yang sedang berlaku.

Pada Jumaat, Presdien AS Donald Trump bersama Britain dan Perancis dilaporkan melancarkan serangan udara bersepadu ke atas Syria atas alasan menghukum rejim itu kerana melakukan serangan senjata kimia.

Pengumuman itu dibuat Trump dalam ucapan lewat malam dari White House pada Jumaat. – BERNAMA

Kategori