Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Ahmad Faizal Mengaku Silap...

SHAH ALAM - Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Seri Ahmad...

Hasanah Kalah Kes Saman...

KUALA LUMPUR - Bekas ketua pengarah Organisasi Perisikan Luar Malaysia (MEI0) Datuk Hasanah...

Hanis Zalikha Dedah Punca...

PASANGAN selebriti Hanis Zalikha dan Hairul Azreen teruk dikecam netizen apabila didakwa tidak...

Kematian Akhiri Penderitaan Bayi...

BAYI perempuan seberat 1.8 kilogram yang dilahirkan menghidap penyakit aneh, meninggal dunia di...

Serangan Peribadi: DAP Cuba Sekat MCA & Gerakan

SLIM RIVER – Strategi DAP meletakkan pemimpin utamanya bertanding di kawasan pemimpin tertentu Barisan Nasional (BN) khususnya MCA dan Gerakan berupa serangan peribadi beremosi dan bukan untuk berkhidmat kepada rakyat di kawasan itu, kata Setiausaha Agung MCA Datuk Seri Ong Ka Chuan.

Beliau berkata tindakan pembangkang itu hanya untuk menimbulkan ketegangan dan juga “jurang geopolitik kaum” pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14).

“Amat malang, pemimpin seperti (Presiden Gerakan) Datuk Seri Mah Siew Keong perlu memberi tumpuan pada ‘serangan’ mereka.

“Bagaimanapun, BN bukannya terdiri daripada individu tetapi satu kumpulan. Dengan usaha bersama dan berdasarkan rekod khidmat baik BN selama ini, kami akan mampu memenangi kepercayaan rakyat,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis pecah tanah pembinaan dewan terbuka Sekolah Kebangsaan Aminuddin Baki di sini. hari ini.

Ong yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Kedua yakin rekod baik dan konsisten BN selama ini akan membuktikan kepada pengundi bahawa BN akan terus membawa arus pembangunan dan menghebatkan Malaysia di persada antarabangsa.

Sebelum ini, Pengerusi DAP Perak Nga Kor Ming diumumkan bakal calon pakatan pembangkang untuk kerusi Parlimen Teluk Intan bagi melawan Mah selaku penyandang kerusi itu .


Semalam Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin menyifatkan tindakan DAP untuk sekat dan ‘membunuh pemimpin MCA dan Gerakan’ itu sebagai angkuh.

Berhubung persediaan jentera BN, khususnya MCA dalam perang siber menghadapi PRU14, Ong berkata jentera BN akan tumpu pada penyebaran hujah dan fakta, program dan inisiatif yang telah dan akan dilaksanakan BN.

“Kita (BN) tidak macam pembangkang hanya menyebarkan berita palsu dan tohmahan,” katanya. – BERNAMA

Kategori