Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Malaysia, Pintu Masuk India...

Perdana Menteri berkata perkongsian strategik yang dijalin antara kedua-dua negara itu pada Oktober...

2 Suspek Wanita Tahu...

KUALA LUMPUR - Polis menolak keras dakwaan bahawa dua suspek wanita dalam pembunuhan...

‘Jambatan Maut Viral’ Mula...

KUANTAN - Kerja pembinaan jambatan gantung baharu di Kampung Pamah Aur, Lipis yang...

Tak Salah Selebriti Jual...

KUALA LUMPUR - Pelakon dan penerbit terkenal, Datuk Rosyam Nor menyifatkan beliau tidak...

Shabery Anggap DAP Sebagai Parti Buta Kebenaran

CHUKAI – Anggota Majlis Tertinggi UMNO Datuk Seri Shabery Cheek menyifatkan DAP sebagai sebuah parti yang dianggotai oleh mereka yang ‘buta’ kepada kebenaran dan hanya menerima sesuatu pendapat yang menyebelahi mereka sahaja.

Beliau berkata ini terbukti apabila parti itu menerima Tun Dr Mahathir sebagai sekutu mereka sedangkan suatu ketika dahulu mereka bermusuhan.

“Begitu juga dengan Anwar Ibrahim… dulu mereka kata tidak benar, tetapi bila bersama mereka, ia menjadi benar,” katanya ketika ditemui Bernama selepas merasmikan program Kem Kesihatan bersama cegah kanser di Felda Kerteh Enam, di siini hari ini.

Ahmad Shabery berkata seperti Naib Pengerusi DAP Dr Tan Seng Giaw yang dulu bersama mereka, dianggap sentiasa berkata benar tetapi apabila Tan menyatakan sesuatu yang tidak menguntungkan mereka,segala pendapatnya tidak dihargai serta tidak memberi erti apa-apa.

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai nasib Tan yang merupakan penyandang kerusi Parlimen Kepong selama sembilan penggal sejak 1978 tetapi kini telah dipinggirkan dan mungkin akan digugurkan oleh parti itu kerana bercakap benar mengenai tuduhan gabungan pembangkang bahawa Malaysia akan menjadi negara bankrap.

Sementara itu menerusi program kesihatan berkenaan, ramai penduduk sekitar mendapat manafaat terutama tentang risiko penyakit kanser.


Rohaya Zainal, 52, surirumah, ketika ditemui berkata program itu memberinya peluang melakukan pemmeriksaan kesihatan secara percuma.

“Kalau boleh biarlah program ini diadakan dengan lebih kerap agar orang ramai terutama golongan wanita sedar betapa bahayanya kanser,” katanya.

Seorang lagi penduduk Dayang Abdullah, 59, berkata kebiasannya beliau perlu membuat pemeriksaan di hospital ataupun klinik namun hari ini hanya perlu keluar dari Felda tempatnya tinggal untuk lakukan pemeriksaan dan menjimatkan kos.

Beliau berharap program seumpama itu dapat dilakukan tiga bulan sekali bagi menjamin kesihatan di kalangan peneroka. – BERNAMA

Kategori