Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Dadah: NGO Perlu Utamakan...

KUALA LUMPUR - Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mahu badan-badan bukan kerajaan...

Peranan Wanita UMNO Penting...

ALOR SETAR - Menteri Besar Kedah Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah yakin...

Pakej Percutian Ratusan Ribu...

SANGGUPKAH anda membelanjakan ratusan ribu ringgit untuk ke destinasi pelancongan mewah yang anda...

Norman Akan Eksport Lebih...

SELEPAS pelancaran filem animasi "Ribbit" yang diarahkan oleh pengarah antarabangsa, Chuck Powers pada...

Shahidan Optimis Mampu Pertahan Parlimen Arau

ARAU – Pengerusi Barisan Nasional (BN) Perlis, Datuk Seri Dr Shahidan Kassim optimis mampu mempertahankan kerusi Parlimen Arau yang disandang beliau walaupun bakal berdepan dengan Mursyidul Am PAS, Hashim Jasin, pada Pilihan Raya Umum ke-14 ini.

Beliau yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri turut menerima tentangan daripada rakan dari zaman persekolahannya Datuk Dr. Abdul Rahman Daud yang mewakili PKR (PPBM).

Pencalonan mereka disah dan diumumkan oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya Parlimen Arau, Dr Mohd Zahari Ismail kira-kira 12.45 tenga hari tadi di pusat penamaan calon di Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin di sini, hari ini.

Beliau berkata walaupun Abdul Rahman dikenalinya sejak tingkatan satu semasa di Sekolah Menengah Kebangsaan Dato Sheikh Ahmad, ia tidak menjadi masalah kepadanya untuk memberi tentangan sengit kepada rakannya itu.

“Kawan tu kawan, tetapi lawan tetap lawan… Hashim juga kawan saya tetapi kita kena lawan,” kata Shahidan yang memberitahu beliau dan Abdul Rahman tinggal di kawasan perumahan yang sama di Jejawi, dekat sini.

Dalam pada itu Shahidan berkata, beliau juga yakin bahawa semua tiga kerusi Parlimen dan 15 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) akan dimenangi BN kerana telah menunjukkan prestasi terbaik dalam tempoh lima tahun ini.

Shahidan yang berbaju melayu biru gelap, menyamai warna bendera BN, tiba di pusat penamaan calon bersama semua calon BN bagi setiap DUN dalam Parlimen Arau kira-kira 9 pagi, diringi lebih 300 penyokong sebelum menyerahkan kertas penamaan calon pada 9.18 pagi.


Sementara itu bagi kerusi DUN Pauh, BN mempertaruhkan Anggota Jawatankuasa UMNO Bahagian Arau, Rozieana Ahmad yang dicabar calon PAS, Idris Yaacob dan Amier Hassan (PKR-PPBM).

Penyandang kerusi DUN Simpang Empat, Nurulhisham Yaakob (BN) berhadapan dengan calon PAS, Rus’sele Eizan dan Dr Wan Noralhakim Shaghir Saad daripada PKR, manakala Afifi Osman (BN), Mohd Ridzuan Hashim (PAS) dan Baridah Che Nayan (PKR-PPBM) disahkan sebagai calon DUN Guar Sanji.

Parlimen Arau mempunyai 48,187, DUN Pauh (11,200), DUN Tambun Tulang (10,535), DUN Guar Sanji (9,233), DUN Simpang Empat (8,547) serta DUN Sanglang (8,672). – BERNAMA

Kategori