ENAM tahun bergelar ibu tunggal, penyanyi Siti Nordiana tidak menolak jika dia ditakdirkan bertemu jodoh dengan ‘pucuk muda’.
Menurut Siti Nordiana Mohd Alias atau lebih mesra disapa Nana, dia mengakui terbuka untuk menerima cinta daripada lelaki usia lebih muda daripadanya andai ada jodoh antara mereka.
“Memang saya ada menerima pesanan teks di laman sosial daripada lelaki lebih muda yang ingin kenal lebih dekat tetapi buat masa ini tiada yang serius.
“Semuanya sekadar perbualan kosong dan usikan nakal budak-budak remaja. Saya tidak ambil pusing,” katanya dipetik sebuah portal online.
Dalam pada itu, diminta mengulas lanjut mengenai hubungan dengan Fikry Ibrahim, Nana hanya anggap aktor sebagai kawan sesama artis sahaja. Tambahan pula, mereka digandingkan untuk mengacarakan Gema Gegar Vaganza musim kedua.
Sebelum ini, Nana pernah berkahwin dengan pelakon, Mohd Faizal Yusup dan dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Muhammad Nakhaei Rayyan, 10.
Namun selepas tiga tahun menjalin kasih, pasangan ini telah bercerai dan Faizal pula dilaporkan meninggal dunia pada 2011 yang lalu akibat serangan jantung. – MYNEWSHUB.CC/AM