Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

Perintah Berkurung Di Esszone...

KOTA KINABALU - Fasa 17 perintah berkurung di kawasan perairan Zon Keselamatan Timur...

Nafi Kenyataan Ada Kaitan...

AHLI Parlimen Kuala Nerus, Datuk Dr. Khairuddin Aman Razali menjelaskan bahawa kenyataannya sebelum...

Rayuan Ke IPTA/Politeknik Premier...

PUTRAJAYA - Keputusan rayuan permohonanan kemasukan ke Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA)/Politeknik Premier...

Polis Temui Mayat Ketika...

SEREMBAN - Polis mengesahkan penemuan satu mayat perempuan berkulit putih dalam keadaan masih...

Skuad Hoki Lelaki Raih 3 Mata, Menang 3-0 Ke Atas Wales

GOLD COAST — Skuad hoki lelaki negara bangkit merebut tiga mata pertama apabila menang 3-0 keatas Wales dalam perlawanan kedua peringkat kumpulan pada Sukan Komanwel 2018 di Gold Coast, Australia.

Ternyata kekalahan pada aksi pembukaan kepada England tidak mematahkan semangat skuad bimbingan jurulatih Stephen Van Huizen untuk menjaringkan tiga gol di Gold Coast Hockey Stadium.

Pasukan negara diceriakan dengan gol pertama milik Fitri Saari melalui pukulan penalti stroke pada minit ke-19.

Malaysia yang mula diberikan harapan dengan gol pertama itu, terus mempamerkan aksi cemerlang apabila Joel Van Huizen yang seterusnya menggandakan jaringan Malaysia pada minit ke-36 melalui pukulan sudut penalti.

Tersentak dengan prestasi pasukan negara, Wales cuba bangkit, namun gagal mengawal pergerakan penyerang hoki negara, Faizal Saari yang meledakkan gol pihak lawan pada minit ke-55 melalui pukulan padang.


Pada perlawanan pertama semalam, Malaysia kalah 7-0 kepda England.

Malaysia yang berada dikedudukan ke-12 dunia akan bertemu pasukan keenam dunia, India dan Pakistan (no. 13 dunia) pada 10 dan 11 April ini. — BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • hoki

Kategori