Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Seludup Cecair Heroin Dalam...

NEW YORK - Seorang doktor haiwan Colombia dihukum penjara enam tahun kerana menyeludup...

Buaya Tembaga 3 Meter...

KUANTAN - Seekor buaya tembaga sepanjang tiga meter berjaya ditangkap dalam satu operasi...

Wan Azizah Hasut Ahli...

KUALA LUMPUR - Parti Keadilan Rakyat (PKR) sedang berusaha memujuk Ahli Parlimen Barisan...

Isu Ibrahim Ali: Pemuda...

KUALA LUMPUR - Pemuda MIC kesal dengan keputusan Jabatan Peguam Negara tidak mendakwa...

Soal Gentar Tidak Timbul, Laksanakan Tanggungjawab

JOHOR BAHRU – Penyandang kerusi Parlimen Johor Bahru Tan Sri Shahrir Abdul Samad menyerahkan sepenuhnya mandat kepada rakyat sekiranya masih terpilih bertanding mewakili Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14).

Ini kerana katanya, beliau yakin segala amanah dan tanggungjawab sebagai wakil rakyat telah dipenuhi selama tujuh penggal sejak 1978 kecuali pada 1990 hingga 1999 selepas kerusi itu disandang bekas Setiausaha Politiknya ketika itu, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Bagaimanapun beliau berkata khidmat bakti terhadap rakyat tidak akan terhenti di sini sahaja malah beliau akan terus berbakti di tanah kelahiran UMNO itu.

“Isu gentar tidak timbul sekiranya amanah dan tanggungjawab telah dijalankan sebaik serta seikhlas mungkin.

“Rakyat ada hak menilai, saya sebagai wakil mereka, saya serah kepada rakyat sekiranya jadi calon PRU14,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri program Jom Serbu Jualan Sentuhan Rakyat di Tapak Pasar Tani Jalan Padi Mahsuri di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai sama ada beliau berasa gentar sekiranya dicalonkan semula untuk mempertahankan kerusi Parlimen Johor Bahru kali ini.

Pada PRU13, Shahrir menewaskan calon PKR Md Hashim Hussein dengan majoriti 10,134 undi.


Mengenai sokongan masyarakat Felda terhadap BN, Shahrir yang juga Pengerusi Felda yakin segala usaha dan komitmen tanpa henti kerajaan pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak akan diterjemah peneroka pada PRU14 akan datang.

Katanya, selepas mengambil alih Felda pada Januari 2017, beliau yakin momentum peneroka sentiasa dengan kerajaan apabila Gerakan Muafakat Felda kini mencecah 93 peratus daripada 112,000 lebih peneroka berada dalam sistem kewangan dan pentadbiran Felda.

“Dengan ini bererti 103,000 daripada jumlah keseluruhan peneroka sudah pun bersama-sama dengan Felda,” katanya. – BERNAMA

Kategori