Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Shazelina Serah Watikah Pelantikan...

DAKAR – Republik Senegal, sebuah negara di Afrika Barat, berminat meluaskan kerjasama dengan...

Pusat Pemindahan Banjir Dibuka...

KUALA TERENGGANU - Beberapa penduduk Kampung Mengabang Telung terpaksa dipindahkan ke pusat pemindahan...

Orang Melayu Tolak MN@PN

Pengarah Pilihan Raya PAS, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor mendakwa cuma beberapa...

Sikap Rakyat Punca Pekerja...

PUTRAJAYA - Tun Dr. Mahathir Mohamad menjelaskan kehadiran pekerja asing ke dalam negara...

SPLASH Serah Writ, Pertanyaan Kepada SYABAS

KUALA LUMPUR – Syarikat Pengeluar Air Sungai Selangor Sdn Bhd (SPLASH) telah menyerahkan writ, bersama-sama dengan pernyataan tuntutan, kepada Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS), menuntut semua belum terima tertunggak yang terhutang oleh SYABAS berjumlah RM4.22 bilion.

SPLASH merupakan anak syarikat 40 peratus dimiliki Gamuda Bhd.

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini, Gamuda berkata, tuntutan itu juga termasuk faedah bagi jumlah tertunggak setiap invois pada kadar 1.0 peratus, ditambah kadar pinjaman asas Malayan Banking Bhd (ketika ini pada 6.90 peratus setahun) dikira bagi asas harian daripada tarikh apabila invois tersebut perlu dibayar sehingga pembayaran penuh yang sama, kos dan sebarang pelepasan lain yang dianggap wajar dan adil oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

“Saman SPLASH tidak akan membawa sebarang kesan ketara bagi kewangan dan operasi Kumpulan Gamuda bagi tahun kewangan yang berakhir 31 Julai, 2018.

“Kumpulan Gamuda akan memasukkan bahagian faedahnya dalam jumlah tertunggak itu dalam penyata kewangannya, apabila SPLASH diberikan faedah ke atas jumlah tertunggak itu,” kata syarikat tersebut. – BERNAMA

Kategori