Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

Desak Pewujudan Mahkamah Khas...

KUALA LUMPUR - Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) akan terus mendesak bagi pewujudan...

Jumpa Sekutu Jho Low...

KUALA LUMPUR - Bekas pengurus perhubungan AmBank, Krystle Yap Wy Sze memberitahu Mahkamah...

PKR Pertahan Wartawan Lapor...

KUALA LUMPUR - Parti Keadilan Rakyat (PKR) mempertahankan tindakan wartawan MalaysiaKini, Kow Gah...

Kuil Buddha Sedia Juadah...

SEJAK enam tujuh tahun lalu, sebuah kuil Buddha menjadikan aktiviti menyediakan juadah untuk...

SPR Manfaat Platform Digital Didik Pengundi

PUTRAJAYA – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sedang giat mempromosikan platform digital sebagai medan mendidik pengundi menjelang Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Pengarah Akademi Pilihan Raya (APR), Hasanul Isyraf Naim berkata selain membangunkan aplikasi telefon pintar ‘MySPR Semak’, SPR terkini turut mewujudkan laman Facebook rasmi ‘PRU14’ bagi tujuan berkenaan.

Buat masa ini, katanya, laman Facebook yang dilancarkan pada 21 Mac lalu, memuatkan artikel, gambar dan video berkaitan maklumat sistem pilihan raya, kenyataan media SPR dan jawapan kepada isu-isu semasa berkaitan pilihan raya.

“Kita mahu laman Facebook ini ada nilai kepada pengikut dengan cuba mengemas kini laman ini sekurang-kurangnya tiga kali sehari (posting),” katanya kepada Bernama dalam temu bual di pejabatnya, di sini hari ini.

Katanya, SPR akan memuat naik keputusan PRU14 dari semasa ke semasa pada hari pengundian kelak dan membuat siaran langsung pengumuman berkaitan pilihan raya di laman sosial itu.

Mengenai aplikasi ‘MySPR Semak’, Hasanul Isyraf berkata aplikasi telefon pintar yang boleh dimuat turun oleh pengguna Android dan IOS itu, dibangunkan untuk memudahkan semua pihak termasuk parti politik, pengundi dan pihak media mendapatkan maklumat berkaitan pilihan raya.

“Buat masa ini sehingga diumumkan pembubaran Parlimen, pengguna hanya boleh menyemak butiran peribadi seperti lokaliti, daerah mengundi, kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN), kawasan Parlimen dan negeri tempat mereka mengundi,” katanya.

Pemilih berdaftar juga boleh melihat maklumat status permohonan sedang diproses seperti pertukaran alamat.


Bagi pihak media, Hasanul Isyraf berkata ketika ini mereka boleh menyemak keputusan pilihan raya lepas bagi setiap DUN dan Parlimen sebagai rujukan.

Beliau berkata setelah selesai proses penamaan calon PRU14 kelak, katanya, pengguna juga boleh membuat semakan senarai calon yang akan bertanding.

Beliau berkata aplikasi ‘MySPR Semak’ itu amat mudah digunakan kerana hanya perlu dimuat turun dan tidak memerlukan pendaftaran.

Pemilih berdaftar boleh membuat semakan menerusi empat cara iaitu menggunakan aplikasi pintar MySPR Semak; portal rasmi SPR www.spr.gov.my; SMS ke talian 15888 dengan menaip SPR no. kad pengenalan atau menghubungi talian SPR 03-88927018.

Marilah rakyat Malaysia jayakan tanggungjawab anda dalam proses demokrasi negara pada PRU14. #jomkitasemak #jomkitaundi #undiandapenentumasadepannegara. – BERNAMA

Kategori