Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Musim Terakhir Zulfahmi Dalam...

SEPANG - Selepas enam musim terlibat dalam saingan MotoGP, pelumba negara Zulfahmi Khairuddin...

Itu Gambar Lama, Bincang...

KUALA LUMPUR – Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan menjelaskan bahawa gambar...

Mengapa BN Masih Terlalu...

Secara ilmiah, data dan sains, Barisan Nasional (BN) berada di kedudukan 'selesa' untuk...

Najib Nikmati Nasi Dagang...

KUANTAN - Orang ramai yang sedang bersarapan di sebuah warung nasi dagang di...

SPR Nafi Perlu Etika Berpakaian Ketika Mengundi

PUTRAJAYA – Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) menafikan mesej tular mengenai etika berpakaian seperti kehadiran ke pejabat ketika mengundi pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Dalam kenyataan hari ini, Pengerusi SPR, Tan Sri Mohd Hashim Abdullah berkata dakwaan tersebut adalah tidak benar dan SPR tidak pernah dan tidak akan menghalang seseorang pengundi dari memasuki tempat mengundi asalkan ia tidak menyalahi Seksyen 26(1)(g) Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.

Jelasnya akta tersebut memperuntukkan bahawa seseorang pengundi adalah dilarang sama sekali memasuki tempat mengundi sekiranya mereka memakai apa-apa pakaian dan peralatan yang memaparkan nama calon, simbol atau lambang parti politik pada hari mengundi.

“SPR menasihati orang ramai agar berhati-hati dan menapis maklumat yang tidak sahih berkaitan pilihan raya yang tersebar melalui media sosial.

“Orang ramai diminta merujuk terus kepada SPR bagi mendapatkan maklumat sahih dan tepat dengan menghubungi talian 03-88927018,” katanya. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • SPR

Kategori