Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Lebih 820,000 Rakyat Malaysia...

KUALA LUMPUR - Lebih 820,000 rakyat Malaysia dilarang ke luar negara selepas disenaraihitam...

Abu Zahar Dukacita Tindakan...

PUTRAJAYA : Pengerusi Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah (LPPR), Tan Sri Abu Zahar Ujang...

Sarawak Bertemu JDT Tanpa...

KUCHING – Pasukan Ngap Sayot bakal berhadapan dengan Johor Darul Ta’zim (JDT) tanpa...

PDRM Naik Taraf 22...

KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) berhasrat menaik taraf 22 balai di...

Stadium Perak Dicadang Zon Larangan Merokok

IPOH – Kerajaan negeri bercadang mewartakan Stadium Perak sebagai zon larangan merokok bermula dengan aksi pusingan kedua Piala FA 2018 antara Perak dan PKNS FC, pada 21 April ini.

Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Abdul Puhat Mat Nayan berkata langkah berkenaan dilaksanakan selepas mengambil kira faktor keselesaan dan kesihatan penyokong yang terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat.

Beliau berkata arahan penguatkuasaan larangan itu turut akan diperluaskan kepada semua aktiviti yang bakal dilangsungkan di Stadium Perak.

“Idea ini asalnya adalah cetusan daripada segelintir peminat bola sepak Perak sendiri yang mahu melihat perubahan berlaku bukan hanya membabitkan kerja-kerja pembangunan.

“Selepas mengambil kira faktor kanak-kanak dan wanita yang turut menonton perlawanan, kita rasa akan ada gangguan (asap rokok). Oleh itu, untuk memberi keselesaan kepada semua kita akan guna pakai zon larangan merokok ini,” katanya pada sidang media selepas menghadiri Majlis penyerahan Projek Menaik Taraf Trek Larian dan Pemasangan Kerusi Stadium Perak, di sini, hari ini.

Projek menaik taraf kedua-dua kemudahan berkenaan menelan belanja sekitar RM18.5 juta, dan siap sepenuhnya sebelum 30 Mac lepas.

Abdul Puhat yang juga Pengerusi Bersama Jawatankuasa Induk Sukan Malaysia (SUKMA) berkata proses penguatkuasaan arahan itu akan dilaksanakan dengan kerjasama kakitangan Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) dan Jabatan Kesihatan Perak.


Beliau berkata pihaknya bercadang memasang kamera litar tertutup (CCTV) bagi membendung masalah vandalisme membabitkan kemudahan dalam stadium.

“Kita akan pasang dalam masa terdekat bagi membolehkan kita memantau sebarang kejadian tidak diingini yang ditimbulkan terutama membabitkan hal vandalisme,” katanya.

Selain itu, beliau berkata pihaknya berharap semua pihak dapat menjaga kemudahan yang dinaik taraf itu dengan baik. – BERNAMA

Kategori