Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Beri Sokongan Kepada Penagih...

KOTA BHARU - Semua pihak terutama ibu bapa dan masyarakat perlu memberi sokongan...

Isu Altantuya Terus ‘Dikitar...

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata sekalipun kes...

Konsert Helloween Julung Kali...

DEMAM kehangatan Pilihan Raya (PRU) ke-14 yang akan diadakan pada 9 Mei depan...

Peniaga Bazar Ramadan Kelantan...

KOTA BHARU : Naikkan harga atau kecilkan saiz juadah menjadi antara strategi kebanyakan...

Aktres Lucah Skandal Trump Kembali Berlakon

STORMY Daniels, bintang filem lucah yang dikaitkan dengan Donald Trump, kini kembali berlakon dalam industri berkenaan sejak skandal itu didedahkan pada bulan Januari lalu.

Dalam filem baru itu, dia berlakon di samping Keiran Lee dan Daniels melakonkan watak suri rumah yang ghairah.

“Saya terpaksa mengambil cuti selama beberapa bulan daripada melakukan persembahan disebabkan kecederaan belakang kerana kemalangan tapi saya masih mengarah (filem),” katanya.

Sejak mendedahkan hubungan sulitnya dengan presiden Amerika Syarikat itu, Daniels sibuk hadiri perbicaraan di mahkamah, dijemput untuk temubual dan mengadakan persembahan di kelab bogel di seluruh negara.

Daniels mendakwa dia mempunyai hubungan dengan Trump selepas mereka bertemu dalam kejohanan glof selebriti pada 2006.

Menurut Daniels, peguam Trump, Michael Cohen telah membayarnya sebanyak $130,000 ketika Trump berkempen untuk pilihan raya presiden, bagi menghalangnya daripada mendedahkan hubungan tersebut.


Dia juga memberitahu ketika dia terfikir untuk menceritakan perkara tersebut kepada tabloid, seorang lelaki telah mengugutnya dan anaknya di parkir di Los Angeles.

Dan selepas beberapa minggu berita mengenai hubungan sulit itu terbongkar pada Januari lalu, Daniels telah menandatangani kontrak baru untuk bekerja dengan dua studio filem lucah yang dimiliki oleh MindGeek.

Selain Daniels, bekas model majalah Playboy, Karen McDougal, 47, turut mendakwa menjalin hubungan selama sembilan bulan ketika tempoh awal perkahwinan Trump dengan Melania.

Trumpa bagaimanapun menafikan hubungan sulit berkenaan. – MYNEWSHUB.CC

Kategori