Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

Gempa Bumi Sederhana Landa...

KUALA LUMPUR - Satu gempa bumi sederhana berukuran 5.3 pada skala Richter melanda...

Ismail Sabri Sedia Beri...

KUALA LUMPUR: Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob...

Anak Lembu Berkaki 2...

VIDEO pelik yang memaparkan anak lembu berkaki dua, berjalan seperti manusia telah tersebar...

Kami Tiada Wang Selamatkan...

KOTA KINABALU - Rosmiati Abdul Rahim hanya mampu menangis apabila melihat gambar bapanya...

Suami Bakar Semangat Nora Giat Berbisnes

SESIAPA sahaja pasti kagum dan terpegun melihat kesungguhan wanita cantik kacukan Burma-Arab ini.

Memegang beberapa ‘watak’ iaitu sebagai pelakon, model dan ahli perniagaan serta sebagai isteri dan ibu, Nora Danish, 36, dilihat begitu cekal mengorak langkah yakin dalam apa jua yang diceburinya.

Selain terlibat dalam industri seni, Nora juga merupakan pemilik kafe dua cawangan Kopi & XOXO di Taman Tun Dr. Ismail dan Bangi dan pengasas jenama fesyen OWL by ND, dan terkini, secara rasminya menjadi pemilik salun kecantikan, KARVA Salon for Ladies by Nora Danish.

Salun kecantikan eksklusif buat kaum wanita ini sudah mula beroperasi sejak 7 April ini dan terletak di G-Village, Jalan Desa Pandan, Kuala Lumpur.

Dengan kesibukan di set penggambaran dan bergegas ke lokasi-lokasi perniagaannya, bagaimana seorang ibu dengan bayi yang baru sahaja dilahirkan ini kekalkan motivasinya?

Kata Nora, yang baru sahaja tamat tempoh berpantang selepas melahirkan cahaya mata keduanya Mohamed Neqayl Nedim, insan yang paling banyak menjadi pencetus semangatnya untuk melakukan perniagaan adalah suaminya, Nedim Nazri Aziz.


“Nedim merupakan orang yang banyak menyokong saya. Bila-bila masa saya rasa seperti tak mampu melakukan sesuatu, dia yang yakinkan bahawa saya boleh mengatasi segalanya,” kata Nora.

“Saya memandang tinggi kepada suami saya kerana dia pun seorang ahli perniagaan. Jadi dia yang banyak memberitahu saya selok-belok dalam berbisnes. Oleh itu, saya jadi semakin yakin melebarkan sayap dalam bidang perniagaan kecantikan (salun KARVA by Nora Danish) pula,” katanya ketika menjawab soalan media selepas majlis pelancaran salunnya itu, petang tadi.

Turut hadir semasa pelancaran itu ialah Neelofa dan Rozita Che Wan, selain ahli keluarga Nora sendiri termasuklah ibunya, Sally Talib, kakaknya Cathy Danish dan suami, Nedim. – MYNEWSHUB.CC

Kategori