Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Kerajaan PH Hapuskan Semua...

KERAJAAN Pakatan Harapan (PH) nampaknya takut betul dengan jenama 1 Malaysia yang diilhamkan...

Pesawat Berpatah Balik Selepas...

SEATTLE - Satu penerbangan Alaska Airlines ke Los Angeles terpaksa berpatah balik ke...

TMJ Tetap Puji Pahang,...

KUALA LUMPUR - Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim mengucapkan tahniah kepada...

Keputusan Ujian Poligraf Tidak...

KUALA LUMPUR - Hasil ujian poligraf dijalani bekas penyelidik PKR, Muhammed Yusoff Rawther,...

Suami Lana Ada Tatu, Netizen Pula Bising Nak ‘Tarbiah’

TIDAK salah kalau nak menegur perbuatan seseorang itu, tapi cuba kita lihat adakah teguran kita itu berkesan ataupun menyakitkan hati orang lain?

Pelakon yang dulunya dikelilingi dengan kontroversi panas, Lana Nordin telah mengamuk apabila ada seorang netizen mempersoalkan lukisan tatu di lengan suaminya.

Seperti sedia maklum, Lana atau nama sebenarnya Mazlina Hasan Nodin telah mendirikan rumah tangga pada tahun 2015 lalu dengan pilihan hatinya, David atau nama Islamnya, Mohd Daud McKienzie.

Sudah terang lagi bersuluh, jejaka rakyat Amerika Syarikat itu bukanlah beragama Islam pada asalnya dan tidak hairanlah jika terdapat apa-apa lukisan tatu di badannya.

Konon bersikap prihatin, seorang wanita telah meninggalkan komen sinis di posting terbaharu Lana yang melihatkan anak sulungnya sedang bermain bersama dengan Mohd Daud.

“Dah nampak dah tatu tu sis. Hehehe takpe lah,” tulis wanita berkenaan.


Berang dengan komen yang ditinggalkan, Lana lantas membalas dengan ayat pedas kepada wanita itu.

“Kenapa kalau nampak tatu tu? Ada masalah? Lain kali kalau tidak tahu asal usul jangan nak komen apa-apa yang akan menimbulkan kemarahan orang lain.

“Dia asal Mat Salih, tatu bukan benda pelik untuk dia orang, sebelum kenal pun dah ada jadi apa masalahnya? Lebih baik pelik dengan ramai orang Islam yang ada tatu zaman sekarang ni!” tulisnya.

Dalam masa yang sama, ada juga netizen yang memuji tindakan Lana menegur suaminya selepas video yang dirakam turut menampakkan tatu di lengannya itu.

Rata-rata netizen yang meninggalkan komen di posting berkenaan turut membidas kata-kata wanita berkenaan dan beranggapan bahawa dia bagaikan sengaja mencari publisiti.

Malah, Lana juga langsung tidak melayan apa-apa komen negatif yang dilemparkan kerana baginya perkara itu langsung tidak mendatangkan manfaat kepadanya.

Untuk makluman, Mohd Daud merupakan atlet sukan bola tampar dan hasil perkahwinan, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan diberi nama Gia Quinn McKienzie, 2. – MYNEWSHUB.CC/AH

Kategori