Saturday, January 18, 2025

Creating liberating content

Dasar, Program Tak Selari...

ISKANDAR PUTERI – Apa-apa dasar dan program kerajaan negeri terdahulu yang tidak selari...

Korea Utara Mahu Setanding...

SEOUL Korea Utara berhasrat mencapai 'keseimbangan' kekuatan tentera dengan Amerika Syarikat (AS), kata...

Kebakaran Tahfiz: 7 Fakta...

KUALA LUMPUR - Berikut tujuh fakta ringkas yang dipetik daripada sidang media khas...

Wanita Terjebak Dadah Di...

KOTA BHARU - Bilangan wanita yang terjebak dengan gejala dadah di Kelantan semakin...

Subramaniam: MIC Umum Manifesto Esok

BUTTERWORTH – MIC akan melancarkan manifesto Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) esok yang merangkumi beberapa teras untuk keperluan masyarakat India.

Presiden MIC, Datuk Seri Dr S Subramaniam berkata manifesto PRU14 itu adalah selaras dengan ‘Malaysian Indian Blueprint’ yang dilancarkan tahun lepas.

“Manifesto MIC akan memberi penekanan kepada semua perkara yang kita bangkit dalam blueprint termasuk perkara-perkara yang kita nak capai dalam tempoh lima tahun,” katanya selepas Majlis Makan Malam sempena Tahun Baru Masyarakat India yang turut dihadiri Penyelaras Barisan Nasional J. Dhinagaran di sini malam ini.

Beliau berkata beberapa aspek pendidikan, pembangunan, sosial, pembangunan ekonomi dan pembangunan masyarakat akan turut ditekankan dalam manisfesto itu.

Terdahulu, beliau berkata peluang dilihat cerah untuk merampas balik kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Dalam.

“Selepas menghadiri beberapa program di sini, saya melihat peluang untuk merampas balik kerusi ini agak baik dengan sokongan yang diberikan oleh penduduk di sini,” katanya.


Katanya, calon-calon MIC yang akan bertanding di Pulau Pinang sudah dikenal pasti.

Beliau berkata sejak 2008, MIC tidak memenangi sebarang kerusi DUN di Pulau Pinang.

Dalam PRU 2004, kerusi DUN Bagan Dalam telah dimenangi oleh MIC melalui calonnya Datuk P K Subaiyyah. – BERNAMA

Kategori