Monday, October 28, 2024

Creating liberating content

Malaysia Tak Bawa Polis...

PETALING JAYA - Malaysia tidak akan membawa pegawai polis untuk mengiringi kontinjen negara...

Mustapa Keluar UMNO Warnai...

KOTA BHARU - Keputusan Datuk Seri Mustapa Mohamed keluar dari UMNO setelah lebih...

Ayah Buat Tatu Kesan...

DEMI memulihkan kembali semangat anak lelakinya, seorang bapa dari Amerika Syarikat, Josh Marshall...

Polis Selangor Perkasa JPJKK,...

SHAH ALAM - Polis Selangor akan terus memantapkan peranan Jabatan Pencegahan Jenayah dan...

Sudan Bebaskan Semua Tahanan Politik

KHARTOUM – Presiden Sudan, Omar al-Bashir, pada Khamis telah mengeluarkan satu dikri membebaskan semua tahanan politik di negara itu sebagai respons kepada rayuan pelbagai pihak yang terlibat dalam Dialog Kebangsaan untuk perdamaian politik.

Menurut perintah itu, pembebasan tahanan politik terbabit bertujuan meningkatkan semangat permuafakatan dan keamanan yang telah dibawa oleh Dialog Kebangsaan serta kuasa politik dan masyarakat bagi mewujudkan iklim bersesuaian untuk usaha-usaha nasional.

Ia akan turut menbuka pintu kepada penglibatan semua parti politik dalam perbincangan mengenai isu-isu nasional dan keperluan negara pada masa hadapan selain langkah-langkah bagi merangka perlembagaan negara yang tetap.

Dekri itu juga mendedahkan bahawa Presiden Republik berkenaan telah merujuk isu-isu tersebut dalam kenyataan beliau kepada Badan Perundangan Kebangsaan pada awal April.

Sementara itu, Menteri Negara dan Pengarah Pejabat Presiden, Hatem Hassan Bakheet, berkata pihak berkuasa yang berkaitan akan melaksanakan keputusan presiden berhubung pembebasan tahanan politik dengan segera. – BERNAMA

Kategori