SEBELUM ini penyanyi yang sedang meningkat naik, Sufian Suhaimi pernah mengikat tali pertunangan dengan pelakon cantik, Elfira Loy pada 6 Oktober tahun lalu.
Namun, jodoh dan pertemuan tidak berpihak kepada pasangan tersebut apabila mereka berpisah pada 18 Februari lalu selepas hampir melangkah ke alam rumah tangga.
BACA :Â Sufian Suhaimi, Elfira Loy Sah Putus Tunang
BACA :Â Elfira Reda Pertunangan Dengan Sufian Terputus
Susulan itu, Sufian mengakui dirinya kini reda dengan apa yang telah ditentukan oleh takdir dan mengakui ada peminat yang ‘mencuba nasib’ dengan menawarkan diri untuk menjadi teman wanitanya.
Sufian bagaimanapun tidak ambil serius sebaliknya menganggap ‘lamaran’ sebagai calon pengganti tersebut hanya jenaka dan gurauan peminat yang mahu membuatkan dirinya gembira.
“Saya akui memang ada wanita yang ‘offer‘ untuk jadi teman wanita saya tetapi rasanya itu sekadar usikan peminat sahaja.
“Mungkin mereka mahukan saya rasa gembira, ceria dan rasa ‘wanted’. Tidak ada yang serius pun,” kata Sufian dipetik Astro Gempak.
Menurut pelantun lagu Di Matamu itu lagi, fokusnya kini hanya dihalakan kepada urusan kerjaya terlebih dahulu dan turut menyatakan sedang mencari material baharu untuk single selepas ini.
“Fokus saya sekarang untuk kerjaya semata-mata dalam bidang muzik dan saya tak mahu perhubungan menjejaskan fokus saya sekarang,” ujar Sufian.
Ditanya mengenai perkembangan baru, Sufian dikatakan terbabit sebagai juri untuk pencarian bakat nyanyian Cover Star ERA 2018.
Memetik sumber, difahamkan seramai 10,000 penyertaan telah diterima dan Sufian hanya akan memilih tiga finalis terbaik untuk berentap pada pusingan akhir pada 27 April depan. – MYNEWSHUB.CC/AM