Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

“Saya Masih Menteri Besar”...

DATUK Seri Mukhriz Mahathir mengaku masih memegang jawatan Menteri Besar dan kerajaan negeri...

Belum Mahu Bercinta, Amira...

KETIKA usinya menjangkau 25 tahun, ia langsung tidak membuatkan penyanyi dan pelakon Amira...

Duta Baharu Malaysia Ke...

JAKARTA: Duta baharu Malaysia ke Indonesia, Datuk Syed Md Hasrin Tengku Hussin @...

Usah Hebohkan Perbezaan Pendapat...

ARAU – Pemimpin-pemimpin parti yang berbeza pendapat tidak wajar menghebohkan hal dalaman parti...

Sultan Perak Umum Bubar DUN Di Istana Isnin Ini

IPOH – Pengumuman pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak ke-13 akan diadakan dalam satu majlis di Istana Iskandariah, Kuala Kangsar pada Isnin.

Dalam satu kenyataan dikeluarkan Jabatan Penerangan Negeri Perak, Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah berkenan berangkat ke majlis menzahirkan pengumuman pembubaran DUN itu di Dewan Istiadat Kecil, Istana Iskandariah pada 10 pagi.

Untuk rekod mesyuarat pertama bagi penggal pertama Sidang DUN Perak ke-13 ialah pada 28 Jun 2013 manakala tarikh akhir DUN Perak terbubar sendiri adalah 27 Jun ini.

Perak mempunyai 59 kerusi DUN. Pada PRU13, BN menang 31 kerusi, DAP (18) manakala PKR dan PAS masing masing memenangi lima kerusi.

PAS bagaimanapun kehilangan satu kerusi apabila Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Changkat Jering Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin menyertai Parti Amanah Negara (PAN).


Bagi kerusi Parlimen, pada pilihan raya umum lepas, BN memenangi 12 kerusi, DAP (tujuh), PKR (tiga) dan PAS (dua).

DAP hilang satu kerusi apabila calonnya, Dyana Sofya Mohd Daud tewas kepada Presiden Gerakan, Datuk Seri Mah Siew Keong pada Pilihan Raya Kecil Parlimen Teluk Intan pada 2014. – BERNAMA

Kategori