Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Tengok Gaya Bahasa Ini…....

Bagaimana agaknya status cek di dalam gambar ini. Adakah ia masih boleh ditunaikan...

2 Majikan Didenda RM1,500...

KUANTAN - Dua majikan masing-masing didenda RM1,500 oleh Mahkamah Majistret di sini hari...

Jangan Berbalah Sesama Sendiri...

SHAH ALAM - Parti komponen di bawah Pakatan Harapan (PH) diingatkan supaya tidak...

Skim MySalam Dan PeKa...

KUALA LUMPUR - Skim perlindungan MySalam akan diperluaskan mulai 1 Januari 2020 kepada...

Suspek Bunuh Dr. Fadi Masih Dalam Negara – Fuzi

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) yakin dua suspek utama pembunuhan imam dan pensyarah dari Palestin, Dr. Fadi Mohammed Al Batsh di Setapak pada Sabtu lepas masih berada di dalam negara, kata Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun.

Beliau berkata bagaimanapun pihaknya sukar mengesan individu terbabit kerana mereka dipercayai menggunakan identiti palsu sama ada masuk atau semasa berada di dalam negara.

“Selain itu, terdapat kemungkinan bahawa suspek menukar penampilannya dengan memotong rambut atau mencukur janggut bagi mengelak daripada dikesan.

“Justeru, kita juga akan terus bekerjasama dengan agensi berkaitan bagi mengenal pasti identiti suspek bagi membantu siasatan,” katanya yang mendedahkan wajah sebenar seorang daripada suspek pada sidang media di Bukit Aman di sini, hari ini.

Ketika ditanya mengenai gambar suspek berkenaan, Mohammad Fuzi berkata ia berjaya diperoleh daripada orang awam susulan penemuan sebuah motosikal digunakan dua suspek berkenaan yang ditinggalkan berhampiran Tasik Danau Kota, di sini, semalam.

Mohamad Fuzi berkata pihaknya percaya suspek berkenaan telah berada di negara ini sejak Januari lepas.

Ketika ditanya mengenai spekulasi bahawa suspek berkenaan merupakan ejen perisikan Israel iaitu Mossad, beliau berkata pihaknya belum mengesahkan perkara itu.


“Saya tidak pernah mengeluarkan kenyataan itu… Jangan serkap jarang, biar kita siasat dulu dari semua sudut berhubung perkara ini.

“Bagaimanapun, kita tidak menolak kemungkinan mereka ini merupakan individu yang terlatih dan profesional dalam menjalankan tugas seperti itu,” katanya.

Sehubungan itu, beliau meminta kerjasama orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkenaan suspek untuk menghubungi Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, SAC Rusdi Mohd. Isa di talian‭ 019-6992261 atau Pegawai Penyiasat Kes, ASP Shahrizal Salleh di talian 017-7134705.

Fadi, seorang pensyarah kejuruteraan elektrik, ditembak mati di luar kondominium Idaman Puteri di Setapak di sini semasa berjalan ke Surau Medan Idaman untuk solat Subuh kira-kira 6 pagi, Sabtu lepas.

Dua lelaki bermotosikal dikatakan menunggu mangsa sebelum melepaskan 10 das tembakan ke arah mangsa berusia 35 tahun itu. – BERNAMA

Kategori