SEORANG ibu mendapat kejutan yang tidak disangka-sangkanya. Ketika suaminya membawa dia keluar makan di sebuah restoran, mereka sempat berswafoto berdua di situ.
Tapi paling mengejutkan apabila tiba-tiba dalam swafoto itu, muncul anak lelakinya dari belakang.
Alangkah terkejutnya si ibu dari Oklahoma City ini yang tidak menyangka anaknya ada di situ. Ini kerana si anak adalah seorang anggota tentera dan bertugas di luar negara.
Jadi apabila diberikan cuti, dia telah merancang dengan bapanya untuk mengejutkan ibunya.
Wanita itu menjerit kegembiraan melihat anaknya yang tiba-tiba muncul dari swafoto yang dirakamkan, membuatkan orang ramai di dalam restoran berkenaan turut gembira.
Meskipun identiti mereka tidak didedahkan namun video dan gambar swafoto berkenaan telah menjadi tular.
Ia merupakan satu pertemuan yang `indah’ dan berharga apatah lagi si anak mempunyai tugasan di luar negara dan jarang ada masa untuk bertemu keluarganya. – MYNEWSHUB.CC
*Video sekadar hiasan…